Fri. May 13th, 2022

Post 29: Cik Hussin mempunyai beberapa spesies, dimana species type 2 atau dinamakan Hemp sesuai untuk kegunaan perindustrian. 

Untuk pengetahuan tanaman hemp telah lama digunakan. Ianya tercatat dalam ketamadunan manusia yang lepas dimana Masyarakat Mesir Purba dan Tamadun Cina Purba menggunakan tumbuhan ini dalam pelbagai bentuk. Penggunaan hemp meluas dari China hinggalah Africa, merentasi pelbagai sempadan budaya dan bangsa. Untuk pengetahuan semua, dokumen Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat juga diperbuat daripada kerta menggunakan hemp.

 

Terdapat banyak produk yang dapat dihasilkan menggunakan hemp, tapi kat sini kami listkan 10 jenis barang dahulu:

1. Minyak

Untuk pengetahuan hemp mampu menggantikan sumber minyak asli di dunia. Hemp adalah sumber asli yang cost-efficient dan mesra alam semulajadi.  Penghasilan minyak untuk kegunanaan pada kenderaan bergantung kepada kaedah pemprosesan. Ianya dapat mengahasilkan hemp biodiesel dan hemp ethanol/ metahnol.

2. Dakwat

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi mencari sumber untuk menghasilkan dakwat yang bebas toksik. Hemp adalah salah satu sumber penyelesaian dimana minyak hemp dapat digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan dakwat yang bebas toksik. Antara perbezaan bahan asas yang sedia ada seperti soya, dakwat hemp hanya memerlukan proses yang minima dan proses pengeringan juga lebih cepat berbanding sumber lain.

3. Mulsa (Sungkup)

Mulsa, atau sungkup adalah lapisan pada bahagian atas tanah untuk pertanian. Mulsa hemp dapat membantu meningkatkan kualiti tanah untuk pertanian. Hemp menyediakan isulasi bagi suhu yang panas dan memberi haba pada cuaca yang sejuk. Mulsa hemp juga menyediakan persekitaran yang kering dan menghalang lalang daripada tumbuh di kawasan pertanian.

4. Karpet

Karpet biasa adalah sumber pencemaran didalam rumah yang kita tidak tahu. Bahan sisntetik yang digunakan untuk menyediakan fiber bagi penyediaan karpet dipenuhi dengan bahan kimia bertoksik dimana ia juga menyerap habuk dan boleh memberi kesan alahan kepada pengguna. Karpet yang diperbuat hemp mampu mengurakan pencemaran didalam rumah. Ianya 100% biodegradable dan bahan mesra alam.

5. Fiberboard

Hemp yang sudah menjalani proses compress memberi alternatif pada bahan insulasi secara traditional. Selain itu, hemp fiberboard juga mesra alam, ringan dan kalis air.

6. Bateri

Hemp-base bateri boleh dicipta 1 berskala 1000 dari kos yang digunakan pada hari ini untuk sistem tenaga. Teknologi ini juga boleh menyaingi teknologi menyimpan tenaga yang sedia ada. Hemp mampu menyelamatkan dunia dengan membekalkan tenaga yang mesra alam semulajadi dengan mengantikan bahan-bahan yang merbahaya yang sedia ada pada bateri hari ini.

7. Alat kosmetik

Minyak hempseed kaya dengan Vitamin A, C dan E.  Selain itu, ia juga mengandungi amino asid, asid lemak penting dan antioksida. Kandungan komposisi nutrient yang unit memberi pelbagai manfaat kepada kulit. Hemp oil juga dikatakan boleh membantu untuk melambatkan penuaan dan menutup liang-liang pada muka.

8. Produk plastik

Plastik yang diperbuat daripada hemp lebih kuat dan tahan koyak berbanding plastik polypropylenene (PP). Tapi plastik merbahaya untuk alam sekitar? Tidak sama sekali kerana kemampuan hemp untuk biodegradasi amat tinggi.

9) Mentega

Mentega yang diperbuat oleh oleh hemp seed mampu menghasilkan mentega yang kaya dengan rasa kekacang. Ia mempunyai kandungan fiber, protein dan mangnesium yang menjadikan ianya salah satu pilihan yang terbaik untuk diet yang sihat.

10. Pengilat kuku

Minyak hemp boleh digunakan sebagai pengilat kuku dimana ia boleh membantu membaiki dan memberi struktur yang baik kepada kuku. Sifat hemp sendiri yang kaya dengan Vitamin E, asid lemak penting dan protein dapat membantu menjaga kuku anda.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai produk yang boleh dihasilkan oleh Hemp

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *