Sun. May 15th, 2022

Pada tahun 1998 merupakan sejarah hitam bagi ringgit Malaysia, dimana pada waktu itu sistem matawang kita dikatakan telah diserang oleh pelabur besar yang terkenal George Soros semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Sebelum serangan keatas Ringgit Malaysia dilakukan,  Thai baht terlebih dahulu menjadi mangsa serangan matawang pada Julai 1997. Selepas hampir 38 bulan matawang asia dibuka pada paras yang rendah menentang dollar. Perdana Menteri Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap serangan tersebut.

Mengikut siaran BBC, Perdana Menteri Malaysia telah membuat serangan peribadi kepada pelabur terbesar matawang George Soros diatas serangan tersebut. Pada tahun 1993, simbol RM mula diperkenalkan bagi menggantikan Dollar. Serangan matawang tersebut telah menyebabkan masalah ekonomi terbesar di sekitar rantau Asia. Di Malaysia sendiri pada waktu itu, banyak perniagaan dikatakan gulung tikar, bank-bank mula mengetatkan sistem pinjaman. Ia menyebabkan kesukaran untuk para peniaga dan pelabur bertahan.

Kerosakkan selepas serangan matawang tersebut menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan dan kerajaan juga terpaksa memotong perbelanjaan bagi memastikan sektor ekonomi Malaysia dapat bertahan pada waktu itu. Walaubagaimanapun, pada tahun 2006, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa ia menerima hakikat serangan matawang pada tahun 1997 bukanlah dilakukan oleh George Soros, dan ianya ada kesepakatan oleh kesemua pelabur lain pada waktu itu. Kenyataan terbabit telah dikeluarkan semasa perjumpaan Tun Dr Mahathir bersama George Soros pada “Meeting Of Minds” di Kuala Lumpur

Untuk membaca lebih lanjut mengenai kenyataan rasmi Tun Dr Mathir terhadap George Soros, anda boleh membuat carian “Dr M clears Soros of’ 97 Crisis” di dalam surat khabar The Star bertarikh 16 Dec 2006.

Thenang My

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *