Sun. Sep 25th, 2022

1. Bowling

Pada awal abad ke 19, arkeologi British yang bernama William Matthew Flinders Petrie telah mengetuai penggalian artifak penting di Mesir. Beliau dan kumpulannya telah menggali hampir 3000 kubur yang dipenuhi dengan pelbagai barangan purba. Terdapat banyak penemuan terutama barang kanak-kanak yang wujud pada zaman Mesir Purba. Antara penemuan yang ditemui adalah bola yang dipercayai merupakan sejarah awal kewujudan bowling. Melalui penemuan didalam kubur yang bertarikh 5200 sebelum masihi, ia mengandungi beberapa bola dan sembilan batu yang berbentuk pin.

Beliau mempercayai, permainan bowling pada waktu itu berbeza seperti apa yang dimainkan pada hari ini. Bola bowling pada waktu itu diperbuat menggunakan sekam jagung dan dibalut dengan tali kulit. Permainan ini dikatakan bermula pada zaman Mesir Purba dan dikembangkan lagi sehingga ke tamadun Rom.

2. Kertas dan dakwat

Walaupun kewujudan kertas hari ini tidak seperti pada zaman Tamadun Mesir Purba, tapi kewujudan awal menunjukkan tamadun Mesir telah menggunakan teknologi ini lebih awal. Ramai para pengkaji cuba memahami cara sebenar bagaimana mereka menukarkan pokok papyrus kepada satu permukaan yang dapat digunakan untuk menulis. Berbeza dengan tamadun lain, mereka tidak mengukir diatas permukaan tersebut. Mereka menggunakan dakwat yang kekal lama dimana membezakan teknologi Tamadun Mesir Purba pada waktu itu lebih canggih berbanding tamadun-tamadun lain.

3. Rambut palsu dan kosmetik

Pada waktu peradaban Mesir Purba, sudah terdapat pelbagai tren bagi membezakan status kedudukan seseorang pada waktu itu. Penggunaan wax sebagai pencukur dan bahan pigmentasi untuk kulit sudah mula digunakan pada waktu itu. Selain itu penggunaan rambut yang diperbuat dari fiber sayur juga telah mula diterapkan dalam keluarga diraja mereka bagi mencantikkan lagi keterampilan mereka.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *