Mon. May 16th, 2022

Post 25: Syarikat antarabangsa menjana keuntungan melalui penanaman Cik Hussin

Untuk topik post hari ini, kami ingin berkongsi dengan rakan-rakan thenang mengenai syarikat millionaire yang terlibat dengan penjualan Cik Hussin. Untuk pengetahuan semua, Amerika Syarikat dan Canada antara negara yang membenarkan penjualan dan penggunaan Cik Hussin secara meluas, sama ada untuk medikasi, rekreasi mahupun industri. Walaupun kita nampak senang, terdapat beberapa perkara yang kita harus tahu dimana terdapat undang-undang yang mengawal ketat bagi syarikat-syarikat yang mahu terlibat dalam industri ini.

Tanpa membuang masa, yang kami listkan ini adalah syarikat yang terkaya dalam penjualan Cik Hussin:

1. 1933 Indutries dengan jumlah market capital 92.56 milion. 1993 Industries adalah syarikat integrasi Cik Hussin yang beroperasi di Amerika Syarikat dan Canada. Syarikat ini merupakan syarikat berlesen bagi penanaman, pengekstrakan, proses dan pembinaan. Syarikat ini mempnyai pegangan lesen 91% untuk Alternative Medicine Assosiation. Pada tahun 1933, syarikat ini merupakan syarikat minuman keras. Diatas persaingan antara jenama-jenama minuman keras yang sedia wujud pada itu menyebabkan syarikat ini berintergrasi dan menukar jualan kepada Cik Hussin

2. Abattis  Bioceutical Corps dengan jumlah market capital 29.20 million.  Abbatis merupakan syarikat yang didaftarkan dibawah perundangan British Columbia. Ianya ditubuhkan pada 29 September 1997. Syarikat ini merupakan syarikat Bioteknologi dimana ianya juga melibatkan tumbuhan Cik Hussin. 

3. 22nd Century Group Inc dengan jumlah capital market 263.03 million. 22nd Century Group Inc merupakan syarikat genetic engineering dimana mereka menghasilkan pokok tembakau yang dapat dikawal kadar nikotinnya. Syarikat ini juga menyediakan teknologi bagi tumbuhan Cik Hussin. Mereka menyediakan teknologi bagi pengawalan kandungan aktif dalam tumbuhan ini bagi membantu petani-petani hemp mendapat baka yang rendah kandungan THC  yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi kegunaan industri dan perubatan.

4. 420 Property Management dengan jumlah market capital 356.80 million. 420 Property merupakan syarikat hartanah dan juga syarikat yang rancak dalam kajian pokok Cik Hussin untuk kegunaan rekreasi dan perubatan. Syarikat ini juga menyediakan mesin, bahan-bahan  dan infrastruktur bagi penanaman Cik Hussin berskala besar.

5. GW Phamaceutical dengan jumlah market capital 583.70 million. Syarikat ini antara syarikat yang terkaya dalam penjualan Cik Hussin. Syarikat ini ditubukah pada tahun 1988 oleh Dr. Geoffrey Guy and Dr. Brian Whittle. Kedua-dua individu ini sangat terkenal dengan kepakaran Bio-Tech di United Kingdom. Pada tahun 1999, syarikat ini telah menjalankan kajian pertama penggunaan CBD untuk perubatan sehinggalah ke hari ini.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai 5 syarikat millonaire yang menjual Cik Hussin.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *