Tue. May 17th, 2022

Terdapat banyak tempat didunia ini menjadi misteri dimana hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Sama ada anda perlu berjawatan tinggi, agamawan, kerabat diraja atau ‘ahli-ahli’ mereka sahaja.

1. Arkib rahsia Vatican 

Vatican city merupakan negara terkecil yang dikelilingi oleh negara Italy dan Rom. Ia merupakan ibu pejabat kepada Pope. Vatican city dipenuhi dengan pelbagai kesenian dan sejarah agama. Terdapat satu tempat di Vatican City yang dinamakan sebagai Arkib rahsia Vatican. Ia merupakan perpusatakaan tertua yang mengandungi pelbagai buku-buku kuno yang diwariskan kepada pope dari generasi ke generasi. Orang awam tidak dibenarkan masuk kecuali pope sendiri. Terdapat pendapat yang mengatakan disana terdapat buku yang membuktikan kewujudan makhluk asing dan kitab suci yang menolak Jesus Christ sebagai tuhan.

Walaubagaimanapun rahsia didalam arkib ini masih lagi menjadi rahsia sehingga ke hari ini dan tempat ini hanya boleh dilihat melalui google maps sahaja.

2. Dusun Bohemian

Dusun Bohemian merupakan dusun yang terletak di California, selatan Amerika yang berkeluasan 2700 ekar. Dusun ini dimiliki oleh kelab persendirian yang berasal dari San Fransisco dan dinamakan sebagai kelab Bohemian. Setiap musim panas, kelab ini akan mengumpulkan ahli-ahlinya yang terdiri dari ahli politik, peguam, penulis, orang berpengaruh dan para pemuzik. Dusun ini dikawal sepenuhnya oleh 1872 ahlinya. Tempat ini tidak bolek diakses masuk sekiranya anda tidak terpilih sebagai salah seorang daripada mereka. Ianya hanya boleh dilihat melalui  google maps sahaja.

3, Gua Lascaux

Gua Lascaux tereletak di wilayah Dorgone selatan negara Perancis. Ianya sangat terkenal kerana dikatakan mengandungi artifak lukisan zaman batu (Paleolitik) yang berusia lebih 20,000 tahun. Lukisan pada dinding gua itu menceritakan tentang haiwan yang bersaiz besar yang pernah hidup di wilayah itu. Pada awalnya gua ini dibuka kepada orang awam dan menerima lebih kurang 1500 pengunjung setiap hari. Akan tetapi pada tahun 1963, ianya ditutup sepenuhnya kerana karbon dioksida yang dihembus oleh pengunjung  melalui pernafasan merosakkan lukisan pra sejarah yang berada dinding di gua tersebut. Hari ini, gua ini hanya boleh dilihat melalui google maps sahaja.

4. Mezhgorye

Mezhgorye merupakan bandar yang terletak di Republic Baskortostan di Russia. Bandar ini tidak menerima sebarang pengunjung atau penduduk Russia itu sendiri. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa bandar ini merupakan tempat untuk menjalankan projek rahsia kerajaan di sekitar pergunungan Yamantaw. Gunung ini dikatakan lokasi rahsia dimana ia menyimpan pelbagai program nuklear, bunker dan tempat perlindungan bagi kerajaan Russia sekiranya peperangan besar berlaku. Bandar ini hanya bolek diakses melalui google maps sahaja.

5. Bank benih tumbuhan Svalbard

Sekiranya berlaku bencana besar didunia ini, bagaimanakah kita untuk meneruskan kehidupan? Jawapannya adalah melalui bank benih tumbuhan Svalbard. Tempat ini telah dicipta khas bagi dunia ini untuk kembali meneruskan kehidupan selepas bencana. Ianya terletak dibahagian selatan kepulaun Norwegian. Bank benih tumbuhan ini dikatakan mengandungi lebih dari 250 million anak benih tumbuhan dari serata dunia. Benih-benih yang ada disini dikatakan diubah suai untuk menampung keadaan bencana alam atau sebarang letupan. Ianya hanya bolek diakses oleh mereka yang mempunyai permit sahaja dan kita sebagai orang awam hanya boleh melihat kawasan ini melalui google maps sahaja.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *