Tue. May 17th, 2022

Konspirasi mengenai vaksin telah lama menyelubungi masyarakat di seluruh dunia. Ramai yang merasakan bahawa wabak dan vakin merupakan perkara yang dirancang rapi bagi peniaga-peniaga perubatan untuk mengaut keuntungan. Nama ikon seperti Bill Gates antara salah seorang yang sering dilibatkan oleh para pengkaji teori konspirasi. Sehingga ke hari ini masih tiada bukti yang dapat menyokong teori-teori tersebut.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Parti Komunis Russia, mereka menyatakan penggunaan vaksin untu merawat wabak Covid-19 merupakan salah satu cara untuk mereka dikawal kerana setiap dos yang disediakan mengandungi cip tersembunyi. Walaubagaimanapun, nama Bill Gates tidak disebut dan mereka menyatakan bahawa perkara tersebut telah dirancang oleh kerajaan Amerika.

Khabar angin mengenai cip didalam vaksin mula tersebar apabila Bill Gates menyatakan kepentingan pensijilan digital didalam satu wawancara dan perkara tersebut telah dimanipulasi oleh pihak media bagi mendapat jumlah pembaca yang ramai. Selain itu, cubaan untuk pembuktian penglibatan Bill Gates didalam rancangan mengimplankan microchip didalam vaksin juga telah menemui jalan buntu apabila The Gates Foundation baru-baru ini menjalankan kajian mengenai teknologi penyimpanan rekod melalui dakwat yang ditandakan selepas penerima menerima vaksin.

Teknologi tersebut dinafikan sebagai microchip. Ianya merupakan teknologi pendakwatan seperti tattoo tapi bersifat tidak kelihatan. Teknologi tersebut masih lagi didalam kajian dan tidak lagi digunakan kepada masyarakat. Selain itu, Bill Gates juga dikaitkan dengan pengurangan populasi dengan menggunakan vaksin. Dalam satu wawancara mengenai Vaksin, UK-based Twitter menyatakan Bill Gates mengaku vaksin boleh membunuh populasi manusia hampir 700,000. Walaubagaimanapun, media lagi sekali menggunakan tajuk-tajuk yang sensitif bagi menarik minat pembaca dimana dalam kenyataan asal Bill Gates menyatakan bahawa vaksin mungkin memberi kesan sampingan kepada warga usia dan langkah berjaga-jaga harus diambil. Sekiranya vaksin yang disediakan memang untuk mengurangkan populasi, sudah tentu lebih 700,000 yang akan terkesan.

Sumber: BBC online

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *