Sun. Sep 18th, 2022

Penulis buku The Thirteenth Tribe, Arthur Koestler, berkata Yahudi di Israel tiada kaitan dengan budaya, suku atau kepercayaan Yahudi dahulu kerana Yahudi yang ada sekarang tidak berasal dari Baitulmaqdis atau Palestin. Mitos kaum Yahudi akan kembali ke tanah air mereka tiada kena mengena dengan Yahudi yang berada di Israel sekarang kerana mereka bukan berasal dari Palestin atau Baitulmaqdis. Yahudi sekarang berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat.

Rakyat Palestin memang tinggal di sana sejak beribu tahun dahulu dan mereka adalah sebahagian daripada sejarah. Jika Yahudi sekarang berkembang dari sana, mereka juga sebahagian orang asal Palestin, tetapi hakikatnya tidak.

Pertikaian di Baitulmaqdis hanya dapat difahami dengan memahami sejarah penciptaan bangsa Israel dan penubuhan negara Yahudi pada 1896 di AS. Negara Yahudi ditubuhkan melalui Deklarasi Balfour 1917 apabila Britain membenarkan kemasukan orang Yahudi beramai-ramai ke Palestin dan menjadi asas penjajahan serta bermula penafian hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka.

Sumber: Berita Harian

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *