Wed. Aug 10th, 2022

“Saya tidak menyokong perbuatan menghina agama di pentas lawak. Perkara ini membuat saya rasa jijik dan tidak lagi boleh memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!”, luahan kecewa ini telah ditulis oleh Afdlin Shauki terhadap Crackhouse Comedy Club. Pada awalnya Afdlin menolak tindakkan pihak berkuasa terhadap kelab komedi terebut. Namun pendirian beliau mula berubah apabila semakin banyak pendedahan dan bukti-bukti penghinaan terhadap kesucian agama berlaku di kelab itu.

Berdasarkan info-info terkini yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam di live bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.

Jelas Afdlin, sokongan diberikan sebelum ini hanya bertujuan memelihara kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak berkualiti dan tidak menghina sesiapa.

Sumber : Facebook Afdlin Shauki

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *