Fri. May 20th, 2022

Agent Orange adalah racun rumpai yang digunakan oleh tentera Amerika semasa perang Vietnam untuk memusnahkan sejumlah besar hutan yang menjadi kawasan perlindungan tentera Viet Cong. Amerika menggunakan kod operasi Ranch Hand, dimana lebih 20 million galon campuran racun rumpai di gunakan di kawasan Vietnam, Kemboja dan Laos pada tahun 1961 hingga 1971. Agent Orange mengandungi bahan kimia dioxin yang membunuh dimana ianya biasa digunakan untuk memusnahkan rumpai. Kesan dari pendedahan yang berpanjangan dari Agent Orange ini menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, mutasi kepada bayi didalam kandungan dan masalah psikologi serta neurologi. Kesan ini dapat dilihat kepada penduduk Vietnam dan tentera Amerika yang pulang dari perang tersebut. Tidak kepada tentera Amerika sahaja, kesan ini berpanjangan hingga turut memberi kesan kepada orang-orang yang mempunyai kontak rapat dengan mereka.

Operasi Ranch Hand

Ketika perang Vietnam, tentera Amerika telah menjalankan program penggunaan bahan kimia yang dinamakan Operasi Ranch Hand. Pada tahun 1961 hingga 1971, hampir 4.5 million ekar tanah Vietnam dihujani dengan racun rumpai bertujuan untuk membunuh segala tumbuhan yang ada bagi mematahkan taktik guerilla tentera Viet Cong serta menyekat bekalan makanan mereka. Selain itu, racun ini juga digunakan bertujuan untuk membunuh mereka yang terdedah.

Tentera Amerika telah diarahkan untuk meracun kawasan jalan, sungai, sawah padi dan tanah pertanian pada itu. Hampir keseluruhan penduduk terjejas akibat serangan drastik yang dilakukan pihak tentera Amerika

Apakah Agent Orange?

Pelbagai racun digunakan ketika Operasi Ranch Hand dikelaskan melalui warna yang ditetapkan. Terdapat 55 gallon tong bahan kimia itu dibawa ke Vietnam. Selain dari Agent Orange, terdapat juga racun lain seperti Agent Pint, Agent Green, Agent Purple, Agent White dan Agent Blue digunakan ketika operasi tersebut dijalankan. Setiap kod warna racun mewakili bahan kimia dan kekuatan yang berlainan.

Agent Orange adalah racun yang paling kuat dan paling banyak digunakan waktu itu. Agent Orange juga mempunyai pelbagai jenis berdasarkan campuran dan kepekatan dimana ia digelar sebagai Agent Orange I, Agent Orange II, Agent Orange III dan Super Orange.

Kadungan Dioxin di dalam Agent Orange

Fungsi Agent Orange untuk mematikan rumpai dengan menggugurkan dedaun yang terdedah dengan bahan kimia yang ada dalam Agent Orange. Agent Orange mengandungi 2,3,7,8-tetrachlorodibenzo-p-dioxin, atau lebih dikenali sebagai TCDD, sejenis dioxin.Kandungan TCDD yang terdapat dalam Agent Orange diklasifikasikan sebagai dioxin yang paling bahaya.

Kesan Agent Orange

Mengikut kajian yang dilakukan, kesan pendedahan kepada Agent Orange meransang toxic untuk menyebabkan kesan carcinogen (kanser) kepada manusia. Sekiranya terdedah pada jangka masa yang pendek, ia memberi kesan kepada hati, menggelapkan kulit dan memberi masalah kulit yang teruk. Selain itu, jika pesakit diabetis terdedah dengan Agent Orange ia memberi kesan yang sangat teruk dimana ia memusnahkan sistem daya tahan badan, merosakkan saraf, kekejangan otot, merosakkan sistem hormon dan merosakkan organ dalaman seperti hati.

Agent Orange juga memberi kesan buruk kepada kandungan dimana ia menyebabkan keguguran, spina bifida, kecacatan pada otak janin dan kerosakkan pada sistem saraf janin.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *