Fri. May 20th, 2022

47: Malaya Hemp™

Malaya Hemp merupakan sebuah syarikat yang di tubuhkan oleh anak muda Malaysia yang tinggal di United Kingdom. Syarikat ini beroperasi di Manchester UK secara sah dan berdaftar dengan CTA UK di mana persatuan ini memantau, memberi latihan praktikan dan khidmat nasihat kepada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri Hemp dan CIk Hussin bagi menghasilkam produk-produk yang berkualiti di tahap maksima

Syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, sedang berdiri sama tinggi dan mampu bersaing dengan 300 syarikat besar di Eropah lain yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan Cik Hussin dan hemp.

Mereka bertiga yang sudah lebih 15 tahun menetap di UK telah pun mendapat kerakyatan Britain, begitu berani dalam menyahut cabaran menceburi bidang industri hemp Eropah. Industri hemp merupakan salah satu industri yang sedang membangun pesat di benua Eropah serta negara-negara barat yang lain.

Terdapat pelbagai kajian ilmiah telah dilakukan ke atas Cik Hussin dan hemp bagi tujuan menghasilkan produk-produk yang selamat, berkualiti dan terjamin.

Penggunaan Cik Hussin untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.

Di samping itu, kerajaan UK juga tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif kepada rakyatnya kerana rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan.

Cik Hussin juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK kerana kebanyakan rakyat di sana lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.

Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa

Selain dari minyak CBD, syarikat CBD Oils Malaysia – Malaya Hemp™ turut menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan lain-lain

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Anak Malaysia Pengedar Halal di UK.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

Sumber:

Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam Malaysia

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *