Tue. Nov 29th, 2022

Menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil dan air besar.

Syarat-syarat istinjak adalah seperti menghilangkan rasa, menghilangkan bau dan menghilangkan warnanya.

Antara jenis-jenis air adalah air mutlak, air mustakmal, air musyammas dan air mutanajis.

Air mutlak iaitu air yang turun dari langit atau keluar dari bumi seperti air laut, air sungai, air hujan, air salji. air embun, air mata air dan air telaga atau perigi.

Air mustakmal iaitu air yang sedikit (tidak cukup dua kolah) yang telah digunakan untukmenghilangkan hadas besar atau kecil. Hukum air ini suci tetapi tidak menyucikan.

Air musyammas iaitu air yang dijemur didalam bekas yang boleh berkarat. Air ini suci dan boleh menyucikan tetapi makruh digunakan untuk mencuci anggota.

Air mutanajis iaitu air yang seidikit (kurang dua kolah) yang bercampur dengan benda-benda najis atau banyak lebih (lebih dua kolah) yang bercampur dengan najis tetapi telah berubah salah satu daripada sifatnya iaitu bau, rasa dan warna. Air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci.

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.