Sat. Sep 24th, 2022

Mengikut lagenda Napoleon, bakal raja Perancis telah ke tanah Mesir ketika peperangan dua negara tersebut, beliau telah memasuki ruang pemakaman raja didalam piramid. Setelah beberapa jam beliau disana, beliau keluar dalam keadaan pucat dan terkejut. Apa yang dilihat dan dilalui didalam piramid tersebut masih tidak diketahui sehingga ke hari ini. Sama ada lagenda ini sekadar agenda atau sekadar imaginasi untuk mempopularkan piramid, masih lagi tidak terjawab. Jadi apakah yang terdapat di dalam piramid.

Piramid Khufu merupakan piramid tertua dan tertinggi melindungi piramid Giza. Piramid Khufu telah dibina pada 2551-2528 sebelum masihi. Ketinggiannya dianggarkan 147 meters atau bersamaan dengan bangunan 45 tingkat. Ia merangkumi 2.3 million blok batu kapur, yang dipotong tepat dan disusun rapi untuk dijadikan piramid Khufu. Bersebelahan piramid Khufu, terdapat piramid Kahfre dan Menkaure.

Piramid Giza adalah piramid dimana ia menjadi makam kepada keluarga diraja dan Firaun. Disitu juga terdapat tempat pengebumian permaisuri Firaun serta kuil untuk upacara pemberian harian. Terapat bahagian bawah tanah pada setiap piramid tetapi kawasan itu tidak disiapkan. Didalam piramid Khufu terdapat makam raja dimana lagenda Napoleon itu menular.

Setiap binaan piramid yang besar tidak mempunya ruang yang luas didalamnya. Mengikut lagenda Napoleon, untuk memasuki makam raja, beliau perlu melalui terowong yang kecil, melintasi makam permaisuri. Dikawasan makan Firaun, hanya terdapat ruang kosong yang kecil sahaja. Kawasan itu dikatakan dipenuhi dengan batu granit. Makam Firaun diukir dengan pelbagai ukiran hieroglyph pada kawasan makam dan sekitar piramid. Pada akhir abad ke 18, Napoleon berundur setelah peperangan antara dua negara itu tamat. Beliau tidak menjumpai harta karun seperti yang diceritakan didalam khabar angin.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *