Fri. May 20th, 2022

Post 55: Antara artis Malaysia yang pernah dikaitakan “bercinta” dengan Leha Cik Hussin (rahsia dalam rahsia)

Ameng – Spring, penyanyi

Penyanyi terkenal dari kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, kini sedang menjalani hukuman di penjara. Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut. Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan Cik Hussin ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur. 12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan dadah manakala isterinya, Sabariah Zakariah pula dibebaskan.

Zack – New Boyz, pemain bass

Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg Cik Hussin di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010. Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pada awal 2013 pemain bass kumpulan New Boyz itu telah ditahan reman selama tiga tahun di Penjara Sungai Buloh, dilepaskan hukuman gantung apabila didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir

Saiful Apek, pelawak/pelakon

Saiful Apek didapati bersalah bersalah memasukkan dadah jenis Cik Hussin ke dalam badannya pada 12 Jun 2010. Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelawak itu membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama. Saiful Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Datuk Farid Kamil

Pelakon filem Lagenda Budak Setan ini didakwa memasukkan dadah jenis Cik Hussin ke dalam badannya pada 11 Januari lalu. THC ialah kumpulan dadah jenis kanabis atau ganja. Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Yassin Senario

Harian Metro pada 28 Jun 2019 lalu melaporkan, pelawak terkenal yang diberkas polis bersama dua rakannya 25 Jun lalu disahkan polis positif mengambil dadah Cik Hussin. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras menerima panggilan memaklumkan berlaku pertengkaran mulut membabitkan dua lelaki dan seorang wanita di lobi hotel di Taman Maluri, 5.45 petang. Menurutnya, anggota Balai Polis Cheras kemudian diarahkan untuk ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan sebelum memberkas mereka dan menemui satu paket plastik lut sinar.

Sumber:

Astro Awani Online

Harian Metro

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *