Wed. Sep 21st, 2022

Post 48: RM8.5 Juta ditaja oleh kerajaan Australia untuk penyelidikan Cik Hussin

Pada bulan Oktober 2019, Kementerian Kesihatan Australia akan menyediakan tajaan berjumlah AS$2.03 juta (RM8.5 juta) untuk penyelidikan penggunaan Cik Hussin bagi membantu merawat pesakit kanser berikutan peningkatan permintaan produk ubatan berkaitan.

Autralia telah membenarkan penggunaan Cik Hussin untuk perubatan dan hanya membenarkan pesakit yang mendapat perskripsi dari doktor sahaja menggunakan rawatan alternatif ini. Selain itu, pengedar Cik Hussin juga memerlukan lesen bagi menanam dan membuat ubatan berasaskan Cik Hussin.

Data kementerian menunjukkan, 78 syarikat sudah diberi lesen bagi menanam dan menghasilkan Cik Hussin untuk tujuan perubatan. Ianya meningkat daripada hanya satu pada Mac 2017. Bagaimanapun, kerajaan Australia dijangka kekal tidak membenarkan Cik Hussin untuk tujuan rekreasi.

Bulan lalu, Wilayah Ibu Negara Australia (ACT) menjadi antara enam negeri pertama Australia dan dua wilayah utama untuk ‘menghalalkan’ Cik Hussin bagi kegunaan peribadi.

Namun, Peguam Negara Christian Porter sedang menunggu salinan keputusan akhir rang undang-undang ACT sebelum memutuskan jika kerajaan persekutuan patut membatalkannya, kata akhbar Weekend Australian semalam.

Kami mengucapkan tahniah dan semoga kajian yang dijalankan oleh kerajaan Australia dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan. Selain daripada kos rawatan yang tinggi untuk pesakit kanser, rawatan alternatif yang menggunakan Cik Hussin ini secara tidak lansung dapat membantuk pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Autralia Menaja Kajian Cik Hussin.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

Sumber:

Berita Harian – Reuters – 6 Oktober 2019

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

One thought on “Australia Taja Kajian Cik Hussin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *