Sat. Sep 24th, 2022

 

Lyric by : Ayien Rahman
Mix & Mastered : Ayien Rahman
Composed by : Ayien Rahman
Producers : Fizi , Ayien Rahman
Lyric video by : Spitfyre

Lirik:

Jaur asyairah, salaf
Manhaj sunnah atau syiah
Kenali Saidina Ali
Karramallahu Wajhah
Pedang Zulfikar retakkan
Rentak, gerak, puak Musyrikin
Gelaranya Abu Turab
Sepupunya khataman nabiyyin

Lahirnya di Makkah Al-Mukarramah
Al Quraisy
Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Mutallib
Ahli Bait, Bani Hashim
Al Mubasyirun Bi Jannah
Al Sabiqqun Nal Awaalun
Tumbangkan fighter kufar
Fight di Badar bawakan siapa yang kafir paling gila!
Isteri tercinta Fatimah Bt Rasulullah
Lahir 2 mulia
Hassan dan Hussein
Ku nukil qalam huffaz
Imam-imam Mufassir
Asyhadu Alla Ilaaha Illallah
Pikulnya panji tauhid

Andai di baca Sirah
Sahabat Rasulillah
Jiwaku mula berkobar
Seakan berada di perangnya Badar
Laungan berzanji
Seakan-akan janji
Seangkatan berpanji
Berkobar-kobar Qalam
Yang tak henti
Ku adili kisah dengan perwira
Dan ni riwayat Saidina Ali

Lembaran emas Khabar, Khaybar, Khandaq, Uhud
Marhab Yahud tewas denganya
Begitu Amru bin Wud
Maka dipancung, takbir jemaah, Allahuakbar
Dan Hudaibiyah di atur kanun
Fisabilillah

Ali minda bijaksana pencatat wahyu
Ditugaskan dan petah-petah berkata
Mahir berkuda dan taat perintah
Dan dihadiahkan Baginda pedang Zulfikar
Tak pernah mungkar atau ingkar
Namun ikrar Furqan dari akar ikrar tidak gentar
Depan benteng naim dia khabar dia langgar gegar

Ilmunya seakan laut
Kekuatan bertempur maut
Takhta Khalifah dipikul paut
Di di Badar tak wujud takut
Diturun kepada Hussein
Yang syahid medan Karbala
Dipecah Sunnah dan Syiah
Hingga harini kian membara

Andai di baca Sirah
Sahabat Rasulillah
Jiwaku mula berkobar
Seakan berada di perangnya Badar
Laungan berzanji
Seakan-akan janji
Seangkatan berpanji
Berkobar-kobar Qalam
Yang tak henti
Ku adili kisah dengan perwira
Dan ni riwayat Saidina Ali

Ku telaah sebelum Amul Jamaah
Muncul fitnah Basrah Mesir Kufah
Uthman dibunuh kejam
Khawarij cetus tumpah darah
Buminya Madinah

Civil War !

Tentera Ali bertempur tentera Aaisyah
Di perang jamal Sunnah gundah
Musnah muslim berpecah
Lanjut perang sahabat nabi
Muawiyah maju ijtihad
Berperang Ali di Siffin
Namun dijelas siapa yang Haqq
Syubhat, Ijtihad jangan khilaf
Jangan berani mengkafir
Ku bukannya dari Syiah
Mahupun golongan Nawasib
Wujud Khawarij yang kejam
Pendendam Sang Ibn Muljam
Terbitnya di waktu Subuh
Saidini Ali ditikam
Diangkatnya pedang Hassan
Di Kisos pada pembunuh
Dan makam jadi tanda tanya
Hanya Allah saja tahu

Khulafa ar rasyidin
Sahabat Rasulillah
Saidina Aba Hassan
Bersama singa Allah
Di perangnya Badar
Laungan berzaji
Mengangkat bai’ah janji
Seangkatan berpanji
Malikul quddus wa sayyidul mursalin
Ku akhiri kisah tentang perwira
Tamat riwayat Saidina Ali

Noted: Lirik AR tak pernah fail ! Shoot straight pada Sirah-sirah yang patut kita pelajari dan tahu. Sedikit sebanyak, melalui lagu beliau, beliau boleh berkongsi sedikit ilmu yang patut kita semua teliti. Kudos kudos!

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *