Thu. Sep 22nd, 2022

Sejak dari kecil, kita sering menganggap kewujudan Badang sebagai mitos. Kesan tinggalan dan bukti yang boleh dikaitkan dengan kekuatan Badang di Kampung Orang Asli Sayong Pinang menguatkan lagi kewujudan lagenda orang kuat itu. Badang dikenali sebagai hulubalang kerajaan Temasik (kini Singapura) ketiga, Raja Seri Rana Wikerma iaitu antara tahun 1362 hingga 1375. Mengikut kajian sejarah yang dilakukan, Badang berasal dari Sayong (hulu Sungai Johor) dan bekerja di ladang kepunyaan seorang tuan tanah iaitu Orang Kaya Nira Sura di Seluang, tidak jauh dari kawasan Kampung Orang Asli Sayong Pinang.

Badang disifatkan sebagai anak muda yang berkebolehan istimewa, dengan watak gagah sebagai panglima tetapi badannya tidak begitu besar dan tidak berubah menjadi terlalu besar ketika beradu kekuatan. Kepahlawanannya berbeza dengan pahlawan Melayu lain tetapi persamaannya beliau secara rasmi dilantik sebagai hulubalang kerajaan. Badang tidak pernah terbabit dalam siri peperangan dan tidak menggunakan senjata, sebaliknya kekuatan beliau adalah luar biasa dan semula jadi.

Antara kisah kesaktian Badang yang menjadi cerita rakyat adalah kehebatan beliau mendayung sampannya yang mana sekali Badang menghayun dayungnya, sampannya akan bergerak dan sampai ke lokasi yang jauh. Selain itu, terdapat juga cerita yang menceritakan Raja Seri Rana Wikerma menyuruh Badang memetik daun kuras di Kuala Sayong untuk dijadikan ulaman bagi santapan baginda, Badang berjaya mengambil daun berkenaan walaupun sukar

Dalam satu peristiwa lain, Badang membantu 300 pemuda yang gagal menolak kapal ke laut dan selepas membuktikan kebolehannya menolak kapal dengan hanya sebelah tangannya, raja begitu kagum dan melantiknya menjadi Hulubalang Diraja. Selain itu, ketika Singapura didatangi satu utusan dari benua India berserta 70 kapal untuk menguji kekuatan Badang dengan hulubalangnya, Nadi Bijaya. Kedua-dua hulubalang kerajaan itu mendapat keputusan seri. Nadi Bijaya kemudian mencadangkan siapa yang dapat mengangkat batu besar berhampiran istana akan menjadi pemenang. Nadi Bijaya hanya mampu mengangkat batu itu sehingga paras lutut sebelum meletakkannya kembali ke tanah, namun Badang berjaya mengangkat batu itu melebihi paras kepala sebelum melemparkannya ke laut.

Kematian Badang, diceritakan sama seperti orang biasa lain kerana mati disebabkan sakit tua dan kuburnya terdapat di sebuah kawasan hutan di pinggir Desa Kandis, Pulau Buru di Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *