Fri. May 20th, 2022

Post 37:  Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar

Dewasa kini, pelbagai skim dan konsep pelaburan telah diperkenalkan kepada generasi sekarang untuk mengembangkan dan mengkuhkan kewangan peribadi. Hari ini kami ingin berkongsi mengenai pelaburan emas.

AWAS, ini bukanlah skim untuk kami berniaga emas atau untuk mengajak anda semua menyertai skim cepat kaya. Ianya hanyalah untuk edukasi semata-mata berdasarkan konsep pemahaman kami.

Pepatah ada mengatakan, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, pelaburan emas bukanlah satu benda yang baru dan boleh mendatangkan hasil pada masa yang singkat. Tetapi ada satu benda yang anda perlu ingat, ianya merupakan aset mudah lebur kepada matawang. Bila kita meningkat dewasa, barulah kita sedar akan kepentingangn menabung. Menabung tidak seharusnya dengan jumlah yang besar. Konsep menabung yang sebenar adalah sedikit dan konsistent. Kenapa menyimpan emas itu penting? Menyimpan Emas ini tetap terbaik berbanding Wang Fiat yang hanyalah sekeping kertas tercetak yang mudah untuk dimanupulasikan serta terdedah dengan kehakisan kuasa beli atas faktor inflasi. Selain itu, penyimpanan Wang Fiat juga sering melebur kerana nafsu untuk berbelanja sukar dikawal.

Beli emas mahal!

Benar, harga emas setiap hari makin melambung. Jadi bermula dari situlah kami melihat ia satu konsep pelaburan yang sangat kukuh. Jadi macam mana untuk menyimpan emas kalau ianya mahal? Jom kami kongsikan tips untuk membantu anda. Percayalah, ianya bukan mudah, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Bermula dengan simpanan RM2, anda catatkan tarikh dan future planning anda untuk mendapat emas pertama anda. Disitulah bermula asasnya.

Menukarkan simpanan wang fiat kepada simpan emas adalah salah satu cara untuk anda mengelak dari mengkhianati tabungan anda.  Agak mustahil untuk anda berjalan-jalan ke Mall membawa jongkong emas untuk sistem jual beli. Media hari ini, rata-rata mengatakan bahawa harga emas akan meningkat sehingga ke Rm500 per gram pada tahun 2020. Bayangkan jika anda mampu untuk menabung sehingga berkilo-kilo?

Jadi, fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Disclaimer:

  • Kami bukan penjual emas dan konsep ini hanyalah teori mengenai konsep penyimpanan emas semata-mata
  • Harus diingatkan, setiap pelaburan mempunyai untung dan rugi
  • Untuk membeli emas, anda haruslah mencari penjual dan ditemani mereka yang bertauliah dan mempunyai pengalaman agar tidak ditipu

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Bank Emas. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

Penulis: Najwa Nabilah Sharan

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *