Bekas Isteri penyanyi Iron Maiden dijumpai mati

Post 306: Bekas Isteri penyanyi Iron Maiden dijumpai mati

Paddy Bowden, isteri kepada Bruce Dickinson, dijumpai mati di kediaman yang pernah didiami pasangan itu yang terletak di Chiswick, barat London, sekitar jam 10 pagi, lapor portal standard.co.uk.  Isteri kepada penyanyi kumpulan heavy metal terkemuka dunia Iron Maiden dikatakan meninggal dunia dalam satu insiden tragik.

Penyanyi Bruce Dickinson berkata, ” kami tidak akan membuat sebarang kenyataan dalam keadaan yang amat sukar dan mendukacitakan kami sekeluarga ini sebagai menghormati mendiang Paddy,” kata Dickinson dalam satu kenyataan. Anak-anak kami Austin, Griffin dan Kia sangat berduka cita. Ini tragedi dan insiden tragik. ”

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London berkata pihaknya bergegas ke lokasi setelah menerima laporan kejadian pada pagi Isnin. Dua kru ambulans dihantar ke lokasi dan tiba dua minit kemudian. Malangnya, mangsa telah meninggal dunia.

Dickinson dan Bowden berkahwin pada tahun 1990 selepas menjalani hubungan selama dua tahun. Pasangan ini bagaimanapun dipercayai berpisah pada tahun 2018. Difahamkan Dickinson, 61, kini tinggal bersama teman wanita Liana Dolci di Paris.

Mendiang Bowden meninggalkan tiga anak yang berusia sekitar 20-an. Tiada maklumat lanjut dikeluarkan tentang kematian mendiang setakat ini. Iron Maiden ditubuhkan di timur London pada 1975 dan menjadi antara kugiran heavy metal tersohor dunia dengan jualan album melebihi 100 juta di seluruh dunia.

Sumber: Astro Awani 19 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment