Tue. May 17th, 2022

Bencana Chernobyl, dianggap malapetaka nuklear terburuk dalam lipatan sejarah Ukraine dan seluruh dunia, yang mana angka kematiannya kekal misteri dan ia terus menjejaskan kesihatan penduduk tempatan. Pada jam 1.23 pagi 26 April 1986, reaktor nombor empat loji jana kuasa nuklear Chernobyl, terletak kira-kira 100 kilometer di utara Kiev, Ukraine, meletup ketika satu ujian keselamatan.

Selama 10 hari berikutnya, bahan api nuklear masih terbakar, mengeluarkan kepulan awan radiasi beracun yang mencemarkan sehingga tiga perempat negara di Eropah dengan Ukraine serta negara jirannya di Belarus dan Russia paling terjejas teruk. Ketika bencana itu didedahkan, pihak berkuasa Soviet hanya mengunci mulut, bagi mengelak orang ramai bercakap mengenai tragedi itu yang mungkin mencemarkan imej kuasa besar era Perang Dingin.

Mereka memindahkan 48,000 penduduk di bandar Pripyat, terletak tiga kilometer dari loji itu, hanya pada tengah hari keesokannya. Amaran pertama dikeluarkan 28 April tahun sama oleh Sweden yang mengesan peningkatan tidak dapat dijelaskan paras radiasinya.

Dengan skala apa yang berlaku kini didedahkan, pihak berkuasa pada tahun itu memindahkan 116,000 orang daripada zon pengecualian 30 kilometer yang mengelilingi loji yang kini sudah tidak aktif lagi. Bangunan seperti sekolah, pusat membeli belah, hospital dan taman tema terbengkalai serta dipenuhi pokok renek dan lumut radioaktif.

Tahun berikutnya menyaksikan tambahan 230,000 lagi penduduk dipindahkan, namun kira-kira lima juta rakyat Ukraine, Belarus dan Russia masih tinggal di kawasan di mana paras radiasi kekal tinggi. Fakta menakutkan dikeluarkan agensi alam sekitar negara itu menyebut, kawasan berhampiran pusat bencana itu tidak boleh didiami sehingga sekurang-kurangnya 10,000 tahun akan datang.

Sementara satu kertas kerja saintifik Russia bertajuk Chernobyl membuat kesimpulan bahawa, sehingga 985,000 kematian susulan direkodkan akibat barah pramatang berlaku di seluruh dunia antara tahun 1986 hingga 2004 akibat pencemaran radioaktif Chernobyl.

Sumber: Berita harian

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *