Sat. Sep 24th, 2022

‘Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’, memetik peribahasa Melayu melalui dialog lakonan seniman Hussien Abu Hassan menerusi filem Laksamana Doremi membawa maksud yang jika mempunyai ilmu yang sedikit, jangan sesekali cuba hendak bertanding atau berlawan dengan orang yang banyak ilmu dan pengalaman. Ungkapan ini amat bertepatan sekali dikaitkan dengan keris yang mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Ketinggian nilai budaya dan falsafah sebilah keris juga dilihatkan sinonim dengan keperkasaan pahlawan atau pendekar Melayu yang dibawa bersama adab dan adat yang terkandung di dalamnya.

Setiap bangsa itu mempunyai senjata warisan yang tersendiri.  Keris merupakan satu-satunya warisan bangsa Melayu. Dari zaman dahulu lagi keris diumpamakan sebagai kegagahan dan perkasanya orang Melayu kita. Sehinggakan, apabila memakai baju Melayu tidak lengkap sekiranya tanpa keris

Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.
Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.

Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang.

Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.

Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.
Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.

Menurut kepercayaan bahawa ramuan besi 7 pa ini boleh :

1.Melindungi diri dari pandangan musuh.
2.Melariskan perniagaan.
3.Mematahkan semangat musuh.
4.Menjadi pengasih bagi orang yang telah lama membenci antara satu sama lain.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex : https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *