Tue. May 17th, 2022

Senjata dari tulang besi mawas adalah penemuan terhebat orang melayu dalam pembuatan senjata. Mengikut catatan orang Melayu sudah mengetahu teknik ini hamper 1000 tahun yang lalu, ianya merupakan satu inovasi dan kemahiran orang melayu pada zaman dahulu di dalam menguasai ilmu kimia dan ilmu fizik tentang logam besi. Melalui kepakaran dan kemahiran menguasai ilmu kimia ini, senjata besi di perkuatkan dan di teguhkan melalui ikatan murni antara molekul dan atom-atom besi, supaya bilah senjata lebih kuat dan padat.

Teknik pengasingan bijih-bijih besi yang diambil daripada sumsum tulang mawas perlu dilakukan dengan teliti dan cermat kerana ianya beracun.Kaedah khusus ini hanya di kuasai oleh empu dan penempa yang terpilih sahaja. Proses pembuatan campuran besi mawas memerlukan suhu pembakaran di takat lebur lebih tinggi iaitu suhu api sekitar 3000°c, iaitu dua kali peningkatan suhu dari takat lebur besi biasa. tempoh penyejukkan selepas dileburkan pula adalah perlu lebih cepat agar senjata tidak lekat pada magnet, malah menjadikan nya berbisa sepanjang masa selagi molekul dan elemen di dalam pembuatan tidak diubah atau dikeluarkan.

Semasa proses pemanasan dan pembakaran pula, ianya perlu dibuat di dalam kebuk asap supaya tidak terhidu asap yang dikeluarkan semasa melakukan proses peleburan tersebut. Menghidu asap (warna ungu kebiruan) beracunnya sahaja walaupun dalam kuantiti yang kecil mampu membuat penempa atau individu menjadi sesak nafas dan pengsan.Besi Tulang mawas bersifat panas alami (aura/gelombang panas). Tulang besi mawas dalam bentuk asli sebelum di jadikan senjata lebih panas daripada besi mawas yang telah dicampur di dalam senjata.

Oleh itu tidak semua orang mampu menyimpan, memakai dan menggunakan senjata (keris, pedang, badik, lembing, tombak dsb) besi mawas memandangkan besi ini boleh mempengaruhi suasana yang “tidak selesa” untuk persekitaran,rumah dan isi rumah dan pemiliknya sendiri.Namun ada kaedah dan petua yang boleh diikhtiarkan sekiranya seseorang itu mahu juga menyimpan,memakai atau menggunakannya sebagai pakaian diri. Antara keindahan dan khasiat besi tulang mawas adalah sebagai peluntur ilmu kebal musuh, penaklukan jurus ghaib. Sesiapa sahaja jika terkena tumbukan atau hentakan akan pengsan muntah darah tanpa henti.( jika penyerang memakai cincin permata tulang besi mawas). Manakala jika terkena hirisan atau tikaman, darah tak akan berhenti mengalir sehingga darah di dalam badan kering.

Selain itu juga, besi tulang mawas mampu menjadikan pemiliknya kebal besi kepada tetakan, hirisan malah tembakan. Sesiapa yang terkena bisa besi mawas tiada ubat atau penawar yang boleh menawarkan bisa bekas pukulan atau luka akibat penangan campuran besi tulang mawas ini. Tetapi penawar bisa besi mawas ini sebenarnya di ketahui oleh orang melayu dan tetapi di rahsiakan memandangkan ilmu ini adalah ilmu rahsia Melayu dan tidak akan dibuka kepada sebarangan orang. Oleh kerana itu, senjata campuran besi tulang mawas sentiasa menjadi buruan dan para peminat senjata dan seni, walaupun untuk mendapatkannya bukan senang malah perlu memerlukan kos dan modal yang tinggi.

Selain senjata tikaman, tetakan atau hirisan, besi tulang mawas juga digunakan untuk membuat peluru khas untuk senjata api (Meriam, terakul, panuras dsb) di alam Melayu. Campuran besi ini menjadikan senjata ini mampu menewaskan manusia kebal, Kubu tentera yang menggunakan pemalu besi. Selain raja besi kuning, besi leleh, pemalu besi juga adalah salah satu rahsia orang Melayu, sehingga kini orang Melayu masih menguasai ruh besi dan rahsia besi, baik logam besi tulang mawas, besi kuning, besi leleh, emas dan perak juga adalah salah satu logam melunturkan ilmu kebal atau musuh yang kebal besi atau tak lut senjata atau peluru.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex : https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *