Bilakah kaum Yahudi mula immigrasi ke Tanah Palestine?

Mengikut sumber terdahulu, kaum asal Yahudi mula memenuhi tanah Palestine sejak pemerintahan Empayar Uthmaniah dan sebelumnya. Pada awalnya mereka hanya menumpukan kota suci seperti Jerusalem, Safed, Tiberias dan Hebron. Kemudian pertambahan jumlah mereka secara mendadak setelah wujudnya penubuhan negara Israel. Pada tahun 1880, ia dikatakan permulaan migrasi besar-besar pertama dimana terdapat 25,000 orang yahudi berpindah dan menetap di sana sehingga ke beberapa generasi.

Permulaan Zionism dan immigrasi dikatakan bermula ketika terdapat idealogi moden dan kenegaraan mula disebarkan sesama mereka. Penubuhan Zionism dikatakan bermula pada tahun 1882 atas tiket fahaman politik. Terdapat sekumpulan kecil Yahudi berhijrah ke Eropah dan mula menjalinkan kerjasama untuk memasuki ke tanah Palestine melalui aktiviti-aktiviti pertanian. Perjumpaan pertama Zionisim dikatakan telah dijalankan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Persidangan pertama Zionist ini telah dihadiri oleh pelbagai ahli mereka yang menetap di seluruh dunia.

Siri Aliya pertama (Aliya adalah  kepulangan kaum yahudi yang berada di luar Israel ke tanah yang dijanjikan), dikatakan telah berlaku pada tahun 1882 hingga 1903 semasa pemerintahan Empayar Uthmaniah dimana seramai 20,000 hingga 30,000 orang yahudi melarikan diri dari Russia semasa kejadian Czaris Russia Pogrom (pembersihan etnik Yahudi di Tanah Russia).  Siri Aliya kedua terjadi sekitar tahun 1903 hingga 1914 dimana 35,000 hingga 4o,000 yahudi dari Russia berpindah ke tanah Palestine untuk menyelamatkan diri. Hari ini, pendatang Yahudi ini mula aktif merampas tanah dari penduduk asal Palestine untuk membina kota Tel-Aviv dan Kibbut.

Siri Aliya yang ketiga dan keempat dikatakan membawa 35,000 yahudi ke tanah Palestine dari Soviet Union, Poland dan Baltic pada tahun 1919 hingga 1923. Selang beberapa tahun kemudian, seramai 82,000 orang yahudi dari Balkan dan New Orient dibawa masuk pada tahun 1924 hingga 1931. Pada penghujung tahun 1936, seramai 174,600 orang yahudi dibawa lagi ke tanah Palestine menjadikan mereka menguasai 17 peratus dari populasi masyarakat Palestine.

Semasa Dekalrasi Balfour pada penghujung perang dunia pertama, Empayar Uthmaniah telah digulingkan oleh warga Turki sendiri kerana menentang sistem pemerintah berkhalifah memaksa Turki memberi mandat kepada British untuk menguruskan negara Palestine. Pada tahun 1917, sepucuk surat telah ditulis oleh Lord Balfour dimana beliau memberi kebenaran untuk pemindahan kaum Yahudi ke negara Palestine.

Disaat peningkatan idealogi anti-Semitisme dan Nazi di Eropah telah memaksa ramai kaum Yahudi meninggalkan negara Eropah. Pada waktu itu, Akta Immgiration 1924 oleh  Amerika Syrikat telah memberi kesan terhadap immigrasi kaum yahudi yang menetap disana. Eropah juga turut menekan kaum yahudi dengan mengurangkan jumlah yang dibenarkan untuk mereka menetap disana. Pada saat itu, mereka hanya melihat Palestine sebagai tanah yang selamat untuk mereka berhijrah. Pada tahun 1932, kemenangan Nazi di German telah menyebabkan pembersihan etnik Yahudi di Austria dan Czechoslovakia berlaku. Perkara ini seterunya mendorong kaum yahudi untuk berhijrah dan menyebabkan peningkatan drastik dalam jumlah immigrasi kaum tersebut pada 1932 hingga 1939. Seramai 247,000 pendatang baru di tanah Palestine dimana 46 peratus dari mereka adalah kaum Yahudi yang berasal dari Eropah.

Hari ini, hampir 3.1 million pelarian Yahudi di terima masuk sejak penghijrahan itu berlaku dimana 1 million daripadanya dikatakan pada tahun 1990 hingga 1999. Tanah haram Israel pada hari dikatakan mempunyai kadar kelahiran tertinggi berbanding negara-negara jiran Arab bagi memastikan populasi disana kekal dipenuhi oleh Kaum Yahudi.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

Leave a Comment