Buya Hamka

Post 30: Kalau hidup hanya sekadar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja hanya sekadar kerja, kerbau di sawab juga bekerja – HAMKA

Buya Hamka, atau sebenarnya Prof.Dr.H. Abdul Malik Karim Amrullah, atau nama penanya Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908. Beliau merupakan seorang tokoh Indonesia yang dikagumi ramai. Dikenali sebagai ulama, ahli falsafah, pensyarah, ahli politik dan penulis. Hamka telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981. Penglibatan awalnya dalam dunia politik bermula dengan Parti Masyumi sehingga parti itu dibubarkan. Beliau bertugas sebagai ketua kerani di Kounsel Ulama Indonesia dan aktif dalam organisasi Islam Muhammadiyah sehingga ke akhir hayatnya.  Beliau telah mendapat pangkat kedoktoran daripada dua universiti ternama iaitu Universiti Al-Azhar dan Univeriti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, beliau juga telah dilantik sebgai “Distinguishd Professor” (Profesor yang terbaik dianugerahkan hasil kepakaran kerjanya dalam bidang yang diceburi) oleh Univeriti Moestopo. Hamka disanjung sebagai Pejuang Negara Indonesia dan namanya diabadikan di Universiti Muhammadiyah Hamka .

Hamka merupakan anak kelahiran Agam, Sumatera Selatan. Beliau merupakan anak sulung kepada tujuh beradik. Dibesarkan dalam keluarga Islam dimana bapanya Abdul Karim Amrullah merupakan salah seorang pencetus reformasi Islam di Minangkabau.  Bapanya juga dikenali dengan nama gelaran Haji Rasul.  Datuknya, Muhammad Amrullah merupakan salah seorang pengikut Naqshbandiyah.

Pada usia yang muda, Hamka telah tinggal bersama neneknya di selatan Maninjau. Semasa beliau berumur 6 tahun, beliau telah berpindah ke Padang Panjang bersama bapanya. Beliau dibesarkan dengan adat tradisi Minang, dimana beliau mempelajari Al-Quran dan tidur di masjid berdekat dengan rumahnya. Selain itu beliau juga mempelajari silek (seni bela diri Minang). Hamka juga mempelajari kaba, iaitu cerita yang dinyanyikan dengan menggunakan alat musik traditional Minagkabau. Kesemua ini telah memberi inpirasi kepada hidupnya dan beliau banyak menyelitkan tradisi Minang didalam karya penulisannya.

Antara karya Hamka sepanjang riwayat hidupnya:

  • Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
  • Si Sabariah. (1928)
  • Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
  • Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
  • Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
  • Kepentingan melakukan tabligh (1929).
  • Hikmat Isra’ dan Mikraj.
  • Arkanul Islam (1932) di Makassar.
  • Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
  • Majalah ‘Tentera’ (4 nombor) 1932, di Makassar.
  • Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
  • Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
  • Di Bawah Lindungan Ka’bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
  • Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  • Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
  • Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
  • Margaretta Gauthier (Terjemahan) 1940.
  • Tuan Direktur 1939.
  • Dijemput mamaknya,1939.
  • Keadilan Ilahy 1939.
  • Tasawuf Moden 1939.
  • Falsafah Hidup 1939.
  • Lembaga Hidup 1940.
  • Lembaga Budi 1940.
  • Majalah ‘SEMANGAT ISLAM’ (Zaman Jepun 1943).
  • Majalah ‘MENARA’ (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
  • Negara Islam (1946).
  • Islam dan Demokrasi,1946.
  • Revolusi Fikiran,1946.
  • Revolusi Agama,1946.
  • Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
  • Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
  • Didalam Lembah cita-cita,1946.
  • Sesudah naskah Renville,1947.
  • Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
  • Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,
  • Ayahku,1950 di Jakarta.
  • Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
  • Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
  • Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
  • Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
  • Kenangan-kenangan hidup 2.
  • Kenangan-kenangan hidup 3.
  • Kenangan-kenangan hidup 4.
  • Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.
  • Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
  • Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
  • Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
  • Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
  • Pribadi,1950.
  • Agama dan perempuan,1939.
  • Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
  • 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat,dibukukan 1950).
  • Pelajaran Agama Islam,1956.
  • Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad,1952.
  • Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
  • Empat bulan di Amerika Jilid 2.
  • Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
  • Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
  • Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.
  • Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.
  • Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
  • Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
  • Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.
  • Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963, Bulan Bintang.
  • Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
  • Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
  • Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
  • Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
  • Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
  • Himpunan Khutbah-khutbah.
  • Urat Tunggang Pancasila.
  • Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
  • Sejarah Islam di Sumatera.
  • Bohong di Dunia.
  • Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
  • Pandangan Hidup Muslim,1960.
  • Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
  • Tafsir Al-Azhar Juzu’ 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Hamka telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981, pada hari Jumaat 10.37 pagi dalam usia 73 tahun. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam Tanah Kusir, Jakarta Selatan. Antara orang-orang yang ternama yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau adalah Presiden Suharto, Naib Presiden Adam Malik, Menteri Alam Sekitar Emil Salim dan Menteri Perhubungan Azwar Anas yang mengimani solat jenazahnya. Perginya permata tiada ganti.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Buya Hamka

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

Leave a Comment