Mon. Dec 5th, 2022

Najis berat (mughallazah) iaitu anjing babi dan keturunan-keturunan yang lahir dari kedua-duanya atau salah satu dari kedua-duanya dengan binatang lain.

Cara cuci, dihilangkan rupa najis itu, dibasuh dengan air 7 kali yang pertama dicampur dengan tanah yang suci.

Najis ringan (mukhaffafah), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yan belum sampai umur 2 tahun, tidak memakan sesuatu keculi susu ibunya sahaja.

Cara cuci, memercikkan air ke atasnya hingga basah, sekalipun tidak mengalir.

Najis tengah (mutawassitah), iaitu semua najis-najis yang lain daripada najis berat dan najis ringan seperti segala jenis darah kecuaili hati dan limpa, bangkai-bangkai selain dari bangkai manusia, ikan dan belalang, keluar sesuatu dari dua jalan keluar kecuali air mani, nanah dan muntah dan susu binatang yang haram dimakan dagingnya.

Cara cuci memadai membasuh sekalidengan air yang bersih hingga hilang bau, rasa dan warnanya

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.