Cerita 1000 makna untuk kehidupan

Post 27: Cerita 1000 makna untuk kehidupan agar kita sentiasa bersyukur

1. Pada suatu hari, terdapat satu kampung yang hasil pendapatannya hanyalah dari pertanian. Keadaan menjadi kacau bilau kerana musim kemarau telah berlanjutan hingga menyebabkan kematian semua tanaman. Pendapatan mereka mula merosot dan mereka mula memikirkan cara untuk mendapatkan sumber air. Akhirnya, dengan kata sepakat mereka sekampung berbincang untuk mengadakan sembahyang dan berdoa kepada tuhan. Semasa berkumpulnya semua penduduk kampung seperti hari dijanjikan, datang lah seorang budak bersama payung.  Itulah dipanggil keimanan, dimana apabila kita berdoa dan meminta rahmat daripada Allah, kita percaya yang Allah akan bantu hambanya walaupun lambat atau cepat.

2. Apabila kita melambung anak kecil keudara, mereka tertawa riang. Gembira bagaikan tiada masalah. Kerana mereka tahu yang kita akan menyambut mereka. Itulah dipanggil kepercayaan. Kita percaya bahawa orang yang melambung anak kecil itu tidak akan membelot dan membiarkan ia rebah ke bumi.

3.  Setiap malam, sebelum tidur, kita akan menetapkan pengera untuk membangunkan kita pada saat yang ditetapkan. Walaupun hakikat sebenar hari esok kita tidak tahu bahawa masihkah kita bernyawa atau meninggalkan dunia yang fana ini. Itulah pengharapan, dimana setiap hari kita berharap kepada tuhan sebagai hamba agar kita selalu diberi peluang untuk hari esok.

4. Setiap hari kita merancang untuk hari esok, sedangkan kita tiada pengetahuan apa yang bakal terjadi. Itulah dipanggil keyakinan, dimana kita yakin apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan kententuan ilahi

5. Kesengsaraan dunia pada hari ini tidak dapat digambarkan, kebencian, pembunuhan, peperangan, berlaku di setiap sudut muka bumi. Pada masa yang sama, masih adalagi pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Itulah dinamakan cinta

6. Seorang warga usia berumur 61 tahum, memakai baju bertulis 16 tahun – Itulah mentaliti pemikiran, dimana beliau sudah berumur, tetapi masih cuba menetapkan pada pemikirannya bahawa beliau masih muda belia. 

Jadi, hadapilah hari anda seperti 6 cerita pendek ini. Kerana kehidupan tidak mampu dibeli dengan wang ringgit dan hidup ini hanya sekali sahaja untuk semua orang.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai quote harian untuk menceriakan hari-hari anda

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

Leave a Comment