Cerita “Jenama Thenang”

Bahagian ke -2

Sambungan daripada cerita yang lepas. Macam aku kongsi dengan korang, ada beberapa benda yang aku rasa aku tak boleh go dengan kerja aku yang lepas. Apa benda tu, kaki bodek dan kaki rasuah. Sebab tu sepanjang cerita ini aku sangat-sangat menjaga kerahsiaan tempat aku bekerja. Seminggu bekursus, suka duka, pahit panis, hujan panas dah aku lalui. Tiba masa untuk aku posting ke tempat baru.

Time tu dah agak redha kemahuan aku nak berniaga, sebab selama kursus tu, aku butakan mata dan bebalkan kepala. Maka bermulalah hari pertama aku menggalas tanggungjawab dan amanah di tempat baru. Macam biasa, seperti drama-drama Melayu, ku sangkakan panas berpanjangan, tapi ribut petir tsunami taufan dah menunggu. (yang ini korang boleh gelak)

Nak dijadikan cerita, aku ditugaskan untuk pembangunan sesebuah agensi, maka makin tinggi lah risiko untuk aku berhadapan dengan rasuah dan situasi kipas mengipas memandangkan setiap project yang dijalankan memerlukan kelulusan bos dan HQ.

Sebulan tempoh honeymoon aku di tempat baru, membuka mata seluas-luas alam yang dimana tempat kerja baru itu dipenuhi kronisma. Korang boleh bayangkan tak, satu agensi dipenuhi atau sarat dengan ahli keluarga. Soalan pertama aku diajukan masa mendapat latihan disana, ” pegawai mana yang tolong kau masuk kat sini? kau ada sedara mara ke kat sini? “, for me that is most fucktard situation i ever faced. Ini bagaikan kau cuba menyoal selidik ipar kau.

Dari situ, datang balik keinginan untuk berniaga dan mencari freedom dalam bekerjaya. Aku dulu kaki jamming, selalu ikut gig dan pernah perform gig. Jadi dalam kepala otak ini, banyak design-design keras yang selalu bermain didalam kepala. Disitu aku mula belajar draft design, mencari contoh-contoh baju yang aku rasa lawa mata memandang, try-try untuk recruit team yang boleh bantu sale. Buat kira-kira untung sahaja, kerugian masih tak tahu apa.

Sebulan aku bekerja di sana, ada up and down, dan aku masih bekerja, tetapi rancangan perniagaan pada waktu itu disusun rapi agar cepat aku mencapai “freedom” dalam kerjaya.

Nanti aku sambung lagi.

Suka aku tegaskan, cerita disini adalah benda nyata yang terjadi. Dan setiap watak dan agensi yang terlibat akan ditukar nama agar segala kerahsiaan dapat dijaga.

 

Leave a Comment