Cerita “Jenama Thenang”

Jadi buat korang yang dah lama follow brand Thenang. Meh aku nak kongsi sedikit mengenai cerita brand Thenang ni.

Bermulanya 1 purnama pada tahun 2013, 7 tahun lepas. Idea untuk menceburi bidang business ini memang tak terlintas sangat dalam kepala aku untuk dijadikan sebagai kerjaya. Of course la, sebagai anak orang kampung dan datang dari keluarga yang berlatarbelakang yang kerja makan gaji, bidang business ini sangatlah berat untuk masuk.

Nak dijadikan cerita, masa aku tengah sambung belajar dalam bidang Biologi, aku mendapat sepucuk surat tawaran untuk bekerja dengan satu agensi. Atas desakan keluarga dan faktor aku tiada duit untuk meneruskan pengajian, (time tu permohonan JPA aku kena tolak, maybe pointer aku tak cukup tinggi untuk layak dimana CGPA aku semester kedua pengajian aku dalam 3.8 something) menyebabkan aku terpaksa akur untuk let go pengajian untuk masuk ke semester ke-empat.

Surat berhenti belajar diserahkan dengan berat kepada pihak Universiti  dan bermulalah cerita untuk menerukan hidup kearah dunia pekerjaan. Pada hari pertama aku berkursus, kitaorang perlu melaporkan diri ke satu pusat dimana untuk ke pusat tu, aku drive sendiri. Semasa dalam perjalanan tu lah bermula detik-detik awal untuk aku menjerumuskan diri dalam bidang perniaagaan. Tapi time tu tak cukup kuat dan keberaniaan aku belum tinggi sebab itu adalah random thinking. Masih tidak tahu business apa yang nak buat dan hala tuju business.

Tibalah di pusat kursus, aku mula melihat ragam peserta-peserta di sana pada awalnya bagi aku macam biasa. Hingga pada beberapa hari bekursus di sana, aku mula merasakan satu ketidakselesaan dan melanggar prinsip hidup aku, dimana aku mula melihat, untuk hidup senang didalam satu-satu agensi ini kau haruslah pandai membodek dan mengipas.

Sejak dari itu, desakkan untuk keluar dan mencari freedom dalam kerjaya mula membuak hingga memaksa aku memilih satu business yang betul-betul aku minat dan boleh handle.

Itulah titik mula, sebelum wujudnya Thenang pada hari ini.

Nanti aku kongsikan lagi pada hari yang akan datang. Saje je aku kongsi untuk korang kenal lebih dekat mengenai brand ini.

Leave a Comment