Thu. May 19th, 2022

Chang’e atau perkataan asal Heng’e merupakan dewa bulan dalam kepercayaan orang Cina Dia merupakan antara lagenda yang terdapat didalam mitologi Cina. Antara lagenda lain yang berkait rapat dengan Chang’e adalah Houyi. Houyi merupakan suami Chang’s dan seorang pemanah yang hebat. Mengikut dongeng yang diceritakan, namanya diberikan berasal dari perayaan pertengahan musim bunga.

Chang’e dikatakan seorang perempuan yang cantik.. Telah terjadi satu perebutan untuk mendapatkan Chang’e sehingga peperangan berlaku antara langit dan bumi. Terdapat sepuluh matahari telah bangkit di langit hingga memberi bahang dan kesusahan yang teruk kepada penduduk bumi. Houyi telah bertindak dengan memanah sembilan matahari dan meninggalkan satu matahari untuk tetap menyinari bumi hingga ke hari ini. Houyi telah mendapat kuasa untuk hidup abadi selepas peperangan itu berlaku. Akan tetapi kuasa itu tidak digunakan oleh Houyi, dia telah menghadiahkan kuasa kehidupan abadi itu kepada Chang’e kerana kehidupan abadi tidak bermakna baginya tanpa isterinya.

Semasa Houyi keluar memburu, anak murindnya, Fengmeng telah memecah masuk rumahnya untuk memaksa Chang’e memberikan kuasa kehidupan abadi. Chang’e telah bertindak menggunakan kuasa tersebut dan terbang ke syurga dimana di memilih untuk hidup di bulan. Chang’e memilih bulan kerana dia merasakan bulan adalah tempat terdekat untuk dirinya dan suaminya. Selepas kejadian itu, Huoyi rasa bersalah dan membunuh dirinya.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *