Fri. May 13th, 2022

Lee Jun-Fan atau lebih dikenali sebagai Bruce Lee merupakan seorang artis mempertahankan diri, pelakon, jurulatih dan seorang ahli falsafah. Dia dilahirkan pada 27 November 1940 dan meninggal dunia 20 Julai 1973. Bruce Lee merupakan ahli seni bela diri yang terkenal dimana dia mengasaskan Jeet Kune Do. Pada waktu awal tertubuhnya Jeet Kune Do, ia dikecam dan dikritik hebat oleh media dan ahli-ahli seni bela diri yang lain kerana menggabungkan pelbagai jenis seni bela diri didalam Jeet Kune Do. Pada abad ke 20, dia menjadi salah seorang ikon terkenal dalam seni mempertahankan diri dimana dia berjaya  menggabungkan dan mendekatkan jurang seni bela diri antara Timur dan Barat.

Bruce Lee merupakan anak kelahiran Chinatown, San Fransisco. Ibu bapanya berasal dari Hong Kong dan bapanya adalah seorang pelakon opera. Dia didedahkan dengan perfileman sejak kecil lagi kerana sering mengikut bapanya ke set penggambaran. Bruce Lee telah melibatkan diri dengan seni bela diri dengan menjadi murid Yip Man. Yip Man merupakan guru seni bela diri yang terkenal yang mengamalkan Win Chun. Setelah berumur 18 tahun, Bruce Lee berpindah ke Amerika.

Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee telah meninggal dunia pada usia 32 tahun. Laporan bedah siasat menyatakan tiada kecederaan fizikal yang dialaminya, tetapi otaknya telah membengkak. Otak membengkak dikatakan kesan pengambilan ubat Equagesic (ubat tahan sakit) yang berlebihan. Bruce Lee pernah dinamakan oleh Times dalam golongan 100 nama terpenting pada abad ke 20.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *