Sat. Sep 24th, 2022

Post 40: Mitos dan Cerita yang biasa dikongsikan bila user dalam keadaan darurat!

Topik hari ini bukan berdasarkan fakta dan penemuan sains, ianya hanyalah bualan dari mulut ke mulut dan penceritaan sahaja. Sebelum kita pergi lebih jauh, ingin kami tegaskan, kami tidak mempromosikan kepada pembaca untuk melakukan jenayah yang melanggar akta perundangan Malaysia. Ianya hanyalah satu perkongsian untuk menambah pengetahuan dan informasi kepada semua sahaja. Teruskan bacaan anda !

Alright, dibawah ini kami listkan pelbagai kaedah dan cara yang pernah diceritakan kepada kami mengenai tips untuk clear bila user dalam keadaan darurat.

  1. Minum teh kosong tanpa gula – Tips ini antara tips paling famous dibualkan dari mulut kemulut user, kerberkesanannya? Kami tidak dapat menjawab
  2. Minum air kelapa muda – Air kelapa muda kosong banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Untuk stay clean? Itu menjadi tanya besar
  3. Minum beer! Of course, sebagai penganut agama Islam ianya haram. Kemungkinan tu mungkin ada kerana sifat ethanol didalam minuman itu panas dan mampu membakar lemak
  4. Minum air rebusan kankung – Tak sure rasa macam mana, yang pastinya ianya pernah dijadikan tips untuk clearkan urine
  5. Minum air ketum kosong – Mungkin boleh membantu, tapi sekarang pihak berkuasa mampu mengesan pengguna ketum dan anda juga bakal dikenakan tindakkan undang-undang diatas penyalahgunaan ketum
  6. Minum teh pekat bersulam petai – Keberkesanannya kami tidak pasti, yang pasti kencing itu gerenti bau power!
  7. Minum ural – Ural ada sejenis serbuk larutan didalam air untuk membersihkan buah pinggang pesakit yang mempunyai masalah kencing kotor. Kesan jangka panjang penggunaan ural boleh menyebabkan kegagalan ginjal!
  8. Mengigit bibir sehingga berdarah dan mencampurkan didalam urine – Tips paling rare yang pernah kami baca. Dalam keadaan darurat semua ini boleh dilakukan tanpa berfikir dua kali. Keberkesanan? Seperti biasa, masih menjadi tanda tanya.
  9. Telan colgate @ ubat gigi – Antara tips rare dan extreme. Ubat gigi bersifat alkali, mungkin boleh membantu. Tapi kesan kepada pengguna dan keberkesanannya masih tidak dapat dipastikan
  10. Minum air misai kucing – Kaedah alternatif ini tidak dapat dipastikan keberkesanan dan bagaimana ia membantu pengguna
  11. Minum air lemon – Sebagaimana yang kita tahu lemon bersifat menghakis lemak didalam badan. Mungkin ia membantu pada jangka masa yang panjang. Keberkesanan? Tidak dapat dipastikan
  12. Tawas – Cara retro yang pernah dikongsikan. Untuk pengetahuan semua tawas digunakan untuk menstabilkan kadar pH pada sumber air seperti pergi dan sebagainya. Mampukah anda menelannya? Keberkesanannya masih tidak dapat dipastikan
  13. Air soya – Yang pasti sedap, keberkesanan diragui sama sekali
  14. Air Asam Jawa Kosong – Mungkin sifatnya sama seperti lemon dapat menghakis lemak menjadi ianya salah satu bualan dalam kalangan user
  15. Air mineral – Meminum air mineral dalam kadar yang banyak pada satu masa melebihi pada kadar yang diperlukan boleh memberi kesan kepada ginjal.
  16. Minum Jus Cranberry– Keberkesanan tidak dapat dipastikan. Tapi kesedapan tidak diragui
  17. Minum Tuak/ Nira – Harus diingat, apabila ianya diambil pada tempoh masa yang baru, ianya halal. Sekiranya ia dibiarkan masam, statusnya boleh bertukar menjadi minuman nombor tiga. Antara minuman paling digemari pada bulan Ramadhan. Keberkesanan tidak dapat dipastikan
  18. Meletakkan duit 5 sen dibawah lidah – Motif? Tak tahu. Tapi cara ini antara yang hangat diceritakan pada zaman dahulu (retro style)
  19. Meletakkan garam bukit dalam botol urine – Cara ini agak extreme dan perlu pemberani untuk melakukannya. Sebab teknik ini memerlukan kepakaran yang hebat untuk mengaburi mata-mata yang bertugas ketika itu. Selamat mencuba!
  20. Meletakkan eyemo didalam urine – Antara cara yang agak extreme dan perlukan hati yang kental untuk melakukannya.
  21. Makan petai dan jering – Keberkesanan? tidak dapat dipastikan, tapi bau dan menyebabkan perut meletup itu tinggi!

Jadi cara mana yang berkesan?

Maaf, setakat ini kami masih tidak mampu menemui jawapan yang paling berkesan.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai topik Clear Urine. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam Thenang

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *