Post 51: China Penipu – Senator Amerika Syarikat
Jumlah kematian akibat Coronaviru (COVID-19) di China pada hari ini melepsi angka 1700 orang. Tom Cotton, Senator Amerika Syarikat dalam satu temu bual berucap, ” Negera China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga ke hari ini”. Terdapat banyak yang tidak diketahui mengenai virus ini. Berapa ramaikah orang yang boleh dijangkiti sekiranya salah seoarang itu pembawa virus.
Cotton turut membangkitkan persoalan kewujudan makmal bio-keselamatan di Wuhan, bandar yang dipercayai permulaan kepada penyebaran virus berkenaan.
Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar berkenaan.
Katanya, virus berkenaan bukan berasal dari pasar di Wuhan berikutan pakar epidemiologi di China yang menjalankan kajian mendapati kes asal jangkitan virus berkenaan tidak mempunyai hubungan dengan makanan di pasar berkenaan, sebaliknya virus itu dibawa ke pasar berkenaan.
“Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan,” katanya.
Sumber
Berita Harian – 17 Februari 2020