COVID-19 adalah ciptaan makmal atau sebaliknya?

Post 264: COVID-19 adalah ciptaan makmal atau sebaliknya?

Sebuah makmal biosekuriti tinggi di China kini menjadi perhatian Amerika Syarikat (AS), selepas terdapat dakwaan Covid-19 berasal di bangunan itu. RTE melaporkan saintis China mengatakan virus itu berpunca daripada haiwan di sebuah pasar di Wuhan.

Bagaimanapun, terdapat teori konspirasi bahawa virus itu berasal dari makmal berkenaan. Setiausaha Negaranya AS, Mike Pompeo berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan penuh berhubung punca wabak berkenaan.

Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan China juga pada pada peringkat awal turut menyiasat sama ada virus itu berasal dari makmal terbabit.

Makmal dikenali sebagai Institut Virologi Wuhan (IVW) menyimpan lebih 1,500 jenis virus. Makmal bernilai 300 juta yuan (kira-kira RM185 juta) dibangunkan pada 2015 dan beroperasi pada 2018.

Sumber: Harian Metro 18 April 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Anda berminat untuk mengiklankan produk dan jenama anda di blog Thenangmy? Hubungi team marketing kami di 0139618058. Kami membuka 10 ruang iklan di blog kami. Jadi yang terpantas untuk menjadi pengiklan

Leave a Comment