COVID-19 : ‘Dunia patut lebih awal dengar nasihat WHO’

Post 271: COVID-19 : ‘Dunia patut lebih awal dengar nasihat WHO’

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan, organisasi itu sudah mengeluarkan amaran penularan virus itu pada 30 Januari lalu, di mana ketika itu tiada lagi kematian dan hanya 82 kes disahkan di luar China. Mereka sudah mengeluarkan kebimbangan tertinggi lebih awal mengenai COVID-19, tetapi tidak banyak negara yang mendengarnya.

Dunia patut lebih awal dengar dan berhati-hati dengan apa yang WHO perkatakan. Beliau juga menegaskan bahawa agensi itu sudah mengeluarkan nasihat sejak awal berdasarkan bukti sains terbaik. Namun, pihaknya tidak mempunyai mandat untuk memaksa setiap negara untuk mendengar nasihat organisasi itu.

Tedros berkata, “kita sudah menasihatkan kepada dunia supaya melakasanakan pendekatan kesihatan awam yang komprehensif iaitu mengesan kontak rapat, ujian saringan, lakukan pengasingan. Ia bergantung kepada negara masing-masing untuk terima atau menolak. Kita boleh lihat sekarang negara (yang dengar nasihat WHO) lebih baik berbanding negara lain,” katanya.

Selain itu, Tedros berkata, organisasi itu turut bimbang peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.

“Ketika beberapa negara di Eropah melonggarkan sekatan susulan pengurangan kes, kami mendesak negara-negara ini mencari, mengasingkan, menguji dan merawat semua kes dan mengesan kontak untuk memastikan trend penurunan ini berterusan.

“Tetapi pandemik masih jauh lagi untuk berakhir. WHO masih bimbang dengan trend peningkatan Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.

“Masih banyak yang perlu dilakukan kini dan yakin tindakan yang betul akan membolehkan dunia mengelak jangkitan gelombang kedua,” katanya

Sumber: Berita Harian  dan AFP 28 April 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment