Sat. Sep 24th, 2022

Mengikut jurnal Psikologi Malaysia yang ke 23 pada tahun 2009, istilah Mat Rempit tidak wujud dalam kamus Bahasa Malaysia. Perkataan Mat Rempit dipopularkan oleh media Malaysia hasil dari fenomena kegilaan anak muda dalam kegiatan lumba haram.

Perkataan rempit berkemungkinan diambil daripada bahasa Inggeris, iaitu ramp-it yang menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya yang akhirnya menjadi nama jolokan kepada kumpulan yang terlibat.

Istilah rempit juga dikatakan berkemungkinan hasil gabungan “rem” dan “pit”. Perkataan “rem” merujuk kepada pelakuan memerah minyak bagi menguji kuasa enjin dan “pit” pula merujuk kepada litar.

Selain itu, ia juga berkemungkinan dari istilah himpit. Ini kerana semasa menunggang motosikan, mereka akan berhimpit-himpit untuk mara kehadapan, mencelah, mencelok dan memintas untuk memotong kenderaan yang lebih besar.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *