Dijangka 100,000 kematian di Amerika, bulan depan

Post 286: Dijangka 100,000 kematian di Amerika, bulan depan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, negara itu sedang berdepan senario terburuk dengan menjangkakan 100,000 kematian keseluruhan membabitkan COVID-19 pada bulan depan.

Dalam satu mesyuarat secara maya bersama Fox News, Donald Trump berkata,”kita akan kehilangan sekitar 75,000 hingga 100,000 orang. Perkara ini sangat mengerikan,”. Sekiranya penguatkuasaan perintah berkurung tidak dilaksanakan di negara itu, angka kematian dijangka jauh lebih tinggi, sekurang-kurangnya bakal meragut 1.2 juta rakyatnya.

Mengikut laporan dalaman daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat yang dipetik daripada akhbar The New York Times, kes baharu dijangka melonjak naik pada pertengahan bulan ini dan mungkin mencecah 200,00 kes sehari pada 1 Jun nanti.

Bahkan, CDC turut menjangkakan angka kematian harian COVID-19 akan berganda kepada 3,000 korban. Daripada sembilan model yang dipetik oleh CDC pada 1 Mei lalu, tiga daripadanya meramalkan 100,000 kematian bakal direkodkan dalam tempoh empat minggu ini.

Salah satu model daripada Massachusetts Institute of Technology menjangkakan 113,000 tambahan kematian pada 1 Jun nanti.

Sumber: Berita Harian 5 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment