Dr Nur Amalina anggotai pasukan kajian vaksin COVID-19

Post 267: Dr Nur Amalina anggotai pasukan kajian vaksin COVID-19

Pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri menganggotai pasukan pengujian vaksin COVID-19 pertama di United Kingdom (UK).

Perkara ini telah diumumkan Dr Nur Amalina di Twitternya, semalam.

“Ujian vaksin UK pertama sudah bermula di NIHR Imperial Clinical Research Facility @imperialcollege yang diketuai Dr Katrina Pollock. Saya akan terbabit dalam merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi mereka vaksin dalam beberapa minggu akan datang ini. Beliau turut menjelaskan, pengujian di pusat kajian Imperial itu membabitkan satu daripada dua vaksin. Usaha yang hebat daripada pasukan Imperial dan kami sangat teruja untuk melihat hasilnya,” katanya.

Dr Nur Amalina turut berkongsi ciapan @ImperialMed berhubung pencarian sukarelawan yang akan terbabit. UK ketika ini menyediakan dana sebanyak 22.5 juta euro untuk mempercepatkan kajian vaksin COVID-19 yang dilakukan Imperial.

Penyelidikan itu diketuai Profesor Robin Shattock di Bahagian Penyakit Berjangkit dan dana itu akan digunakan untuk penyelidikan satu daripada dua vaksin coronavirus. Pemberian dana khas itu diumumkan Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock yang turut menjelaskan, penyelidikan oleh Imperial dan Universiti Oxford adalah usaha terbaharu dalam menangani wabak global itu.

Pasukan Profesor Shattock sejak awal Februari lalu sudah menguji vaksin dan penemuan awal terhadap haiwan yang diuji mendapati vaksin itu mampu meneutralkan antibodi bagi menentang SARS-CoV-2. Ketika ini, pasukan terbabit sedang menghasilkan vaksin seterusnya dan akan menguji sama ada ia akan menghasilkan tindak balas yang serupa terhadap manusia, seterusnya berjaya melindungi daripada COVID-19.

Sumber: Berita Harian 23 April 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Anda berminat untuk mengiklankan produk dan jenama anda di blog Thenangmy? Hubungi team marketing kami di 0139618058. Kami membuka 10 ruang iklan di blog kami. Jadi yang terpantas untuk menjadi pengiklan

Leave a Comment