Wed. Sep 21st, 2022

Post 38: ” We have both “, khunsa

Malaysia hari ini tidak lepas dengan pelbagai isu panas dan mencabar minda warga sosial media dan netizen. Isu khunsa bukan lah perkara baru tapi ia menjadi bualan hangat buat hangat sekarang. Untuk memahami perkara ini perlulah kita memahami perkara asas apa itu jantina. Antara sumber yang boleh dijadikan rujukan dalam mengenal pasti jantina yang diiktiraf oleh agama Islam ialah perbincangan-perbincangan fiqh melalui beberapa fasalnya. Menurut perbincangan dalam beberapa fasal kitab-kitab fiqh menyebut bahawa manusia muslim terbahagi kepada tiga kategori jantina iaitu lelaki, perempuan dan khunsa. Dalam fasal sembahyang jemaah juga dibincangkan tentang kedudukan saf lelaki, perempuan dan khunsa. Begitu juga dalam beberapa fasal kitab fiqh lain hanya membincangkan tiga kategori jantina yang telah disebutkan dan tidak ada jantina lain. (al-Zuhaili. 1996).

Jadi apakah maksud jantina khunsa? 

Maksud khunsa yang banyak disentuh dalam perhahasan fiqh ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin. Sekiranya salah satu alat kelaminnya berfungsi dan yang satu lagi tidak berfungsi maka orang itu dinamakan sebagai khunsa nyata. Sekiranya keduadua alat kelaminnya tidak berfungsi dengan nyata atau kedua-duanya berfungsi secara berselang maka orang itu dinamakan sebagai khunsa musykil. Hukum-hukum bagi khunsa nyata adalah sama mengikut kategori jantinanya. Sekiranya jantinanya yang aktif adalah jantina lelaki maka ia dianggap lelaki dan begitulah sebaliknya. Manakala khunsa musykil tidak boleh disamakan dengan lelaki atau perempuan. la mempunyai hukum-hukum yang tersendiri. (al-Zuhaili, 1996 & al-Nawawi, 1980).

Kategori jantina didalam Islam

Ketiga-tiga kategori jantina ini diakui oleh Islam kerana ia merupakan ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui segala hikmah penciptaanNya. Ayat al-Quran menghuraikan hikmah kejadian antara lelaki dengan perempuan daripada keturunan anak Adam bagi tujuan untuk saling berinteraksi antara satu sama lain. Syariat telah menggariskan panduan bagi kategori jantina lelaki dan perempuan dengan terperinci di dalam semua aspek sama ada dalam aspek ibadah, muamalat mahupun jenayah. Dengan keprihatinan terhadap maslahat dan kesentosaan hidup manusia, syariat Islam melalui posisinya menetapkan perlunya ada perbezaan dalam pendedahan kejantinaan antara lelaki dengan perempuan. Di dalam saf sembahyang jemaah, berpakaian, berketerampilan dengan dalam tugas serta tanggungjawab, syariat membezakan antara lelaki dengan perempuan. Manakala khunsa musykil mempunyai hukum-hukumnya tertentu kerana keunikan kejadiannya.

Mukhannas dan Mukhannis

Mukhannas adalah lelaki yang menyerupai perempuan dalam pergerakan badan, gaya bertutur dan lemah lembutnya. Manakala mukhannis pula adalah perempuan yang menyerupai lelaki dalam penampilan diri tersebut. Mereka melakukan penyilangan jantina ini (lelaki menjadi wanita dan wanita menjadi lelaki) disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang paling kerap diberitahu oleh mereka yang terlibat ialah naluri. Maksudnya ialah naluri mereka berlainan dengan biologi mereka. Sebagai contoh lelaki yang menjadi wanita menyatakan jiwa mereka tidak senang dengan kejadian lelaki yang ada pada mereka, sebaliknya mereka lebih senang dan selesa dengan menampilkan diri sebagai seorang wanita. Memang diakui bahawa di kalangan lelaki yang ada yang diciptakan oleh Allah semenjak lahir mempunyai rupa paras dan kelembutan watak. Kelembutan rupa paras dan perwatakan jelas ini bukan kerana usaha yang dilakukan oleh manusia. Golongan jenis ini tidak berasa senang dengan kelembutan dan gelaran yang diberikan kepada mereka kerana mereka tidak berhasrat menjadi wanita atau bersifat kewanitaan (Wan Azmi, 1991).

Malah kalau diperhatikan mereka sentiasa berusaha untuk menjadi seorang lelaki tulen yang sebenar penampilan lelaki dan menyorokkan sifat kelembutan yang ada pada mereka. Selagi mereka tidak bertindak menampilkan diri sebagai seorang wanita dengan keterampilan yang diusahakan oleh mereka sendiri, maka mereka tidak termasuk dalam istilah mukhannas dan mukhannis. Istilah mukhannas dan mukhannis yang digunakan dalam tulisan ini bukan merujuk kepada golongan lelaki jenis ini, tetapi ditujukan kepada golongan lelaki yang berusaha menjadikan diri mereka berketerampilan seperti perempuan atau mak nyah buatan sendiri.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai topik Khunsa. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Sumber:

KECELARUAN JANTINA :PENYELESAIANNYA MENURUT ISLAM Hasnan bin Kasan Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *