Sat. Sep 24th, 2022

Epik Erra atau ianya juga dikenali sebagai Epik Erra dan Isshum merupakan lagenda mistik didalam peradaban Mesopotamia. Epik Erra juga dikenali sebagai Puisi Erra dengan nama lainnya. Epik Erra merupakan hasil penulisan paderi bernama Kabti-ilâni-Marduk yang tinggal di Esagila. Esagila ialah kuil Marduk di kota babylon. Ia dikatakan ditulis pada kolofon  dimana ia merupakan catatan terhadap bayangan Tuhan Erra itu sendiri. Catatan ini dikatakan wujud pada 1 per tiga millenia pertama sebelum masihi. Epik Erra tediri daripada lima tablet dan mempunyai 700 patah ayat.

Erra dikatakan tuhan pemusnah dan pemberi wabak serta tuhan peperangan. Dia dianggap bayangan Nergal, tuhan kepada dunia bawah tanah dan Ishum adalah pembantu ketua kepada raja api. Cerita mengenai Epik Erra bermula apabila Erra di kejutkan dari tidur semasa bersama isterinya Mami oleh  Ishum dan Sebbetti. Mereka berbincang dan memberi tugas untuk melawan takdir yang ditetapkan. Perbuatan mereka bakal memusnahkan manusia yang wujud ketika itu. Akan tetapi segala perancangan mereka tidak akan berjaya sekiranya Marduk masih lagi raja tuhan.

Ishum cuba menamatkan kemusnah yang dilakukan Erra, akan tetapi kuasanya tiada tandingan. Erra mengambil peluang menjalankan cita-cita jahatnya ketika Marduk keluar dari bandar untuk melawat ayahnya Ea. Erra pada waktu telah merampas kuasa dan melakukan kemusnahan di kota Babylon. Kota itu telah bertukar menjadi kolam darah dan api diatas kemusnahan yang dilakukan oleh Erra. Erra kemudian melanjutkan kemusnahannya di bandar Marduk untuk membunuhnya. Akhirnya Marduk berundur demi rakyatnya kerana Erra dikatakan telah bertindak di luar batasan hingga menyebarkan wabak yang membunuh ramai warga Babylon yang tidak bersalah. Demi rakyatnya, Marduk melepaskan kesemua kuasanya kepada Erra agar Erra berhenti melakukan kemusnahan.

Pada Tabelt ke II dan III, ia dipenuhi perdebatan antara Erra dan Ishum. Erra telah menyerang kota Babylon, Sippar, Urruk, Dur-Kurigazu dan Der. Dengan kekuasaanya, dia telah menghuru-harakan dunia pada waktu itu. Erra telah mengarahkan Ishum untuk membunuh kesemua musuhnya di kota Babylon. Akan tetapi Ishum menolak arahan Erra dan bertindak menenangkannya. Erra kemudian berundur dari Emeslam. Selepas Erra berundur, Marduk menggantinya dan mengambil kembali takhta untuk menyelamatkan kota Babylon.

Penulisan Epik Erra juga menceritakan kota suci Babylon dan keberadaan raja-raja serta tuhan disana.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *