Post 291: 5 Pekerjaan yang menarik untuk stoner
Professional Joint Roller
Pekerjaan ini menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan kepada mereka terlibat didalam profesyen ini. Pendapatan bagi Professional Roller boleh mencecah 40,000 hingga ke 50,000 ribu USD setiap tahun. Lebih menarik, sekiranya hasil kerja yang anda buat diminati ramai, khidmat anda sebagai Professional Roller mungkin boleh menarik perhatian artis-artis terkenal luar negara seperti Snoop Dogg dan Wiz Khalifa.
Professional Roller memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Ini kerana setiap joint yang dibuat haruslah berfungsi dengan baik. Setiap bentuk dan bahan yang digunakan juga haruslah menepati kehendak dan permintaan pelanggan.
Budtender
Bud tender adalah orang yang bertanggungjawab untuk membekalkan bud kepada anda di dispensary yang berlesen. Untuk menjadi seorang bud tender anda perlu menghadiri kursusnya terlebih dahulu bagi mendapatkan sijil sebagai Farmasi Technician dalam bidang Ka-na-bis. Kebanyakkan budtender yang terpilih haruslah mempunyai ijazah yang berkaitan dengan perubatan, kesihatan dan sains. Seorang bud tender juga haruslah seorang rajin untuk membaca kajian saintifik dan berpengetahuan untuk berkongsi maklumat kepada pengguna.
Gaji yang ditawarkan untuk bud tender berbeza mengikut syarikat yang menawarkan kerja tersebut. Di Amerika Syarikat, kebanyakkan bud tender menerima purata gaji tahunan bermula dari 31,300 dollar sehingga 50,000 dollar bergantung kepada pengalaman dan syarikat
Bud reviewer
Sebagaimana artis yang buat review mengenai produk, pakaian dan sebagainya. Gu-n-jer juga tidak asing dengan dunia review. Mereka yang terlibat dalam membuat review bagi produk Gu-n-jer haruslah seoarang yang jujur dan professional bagi menjelaskan kepada penonton mengenai rasa dan kesan Gu-n-jer tersebut. Dengan kata lain mereka yang menceburi bidang ini juga haruslah mempunyai knowledge yang tinggi mengenai Gu-n-jer.
Gaji yang ditawarkan berbeza-beza mengikut syarikat yang menawarkan pekerjaan ini
Gu-n-jer trimmer
Ca-n-na-bis bud trimmer atau ianya juga dikenali sebagai Gu-n-jer trimmer merupakan pekerja yang menjalankan aktivi memotong bunga ganja dari pokok Gu-n-jer, menimbang dan melabelkan bunga Gu-n-jer yang dipotong.
Untuk bekerja didalam bidang ini, anda haruslah bebas dari sebarang kelakuan jenayah. Pada tahun 2016, Gu-n-jer trimmer akan dibayar sebanya 12 hingga 13 dollar per jam atau 100 hingga 200 dollar per pound bunga Gu-n-jer. Pekerjaan ini lebih menumpukan kepada kegiatan fizikal dan kemahiran dimana kebanyakkan syarikat tidak akan menapis tahap pendidikan seseorang Gu-n-jer trimmer Kerja ini juga hanya ditawarkan di negara-negara yang melegalkan penggunaan Gu-n-jer sahaja. Kebanyakkan Gu-n-jer trimmer dikhususkan kepada produktiviti Gu-n-jer untuk kegunaan rekreasi.
Gu-n-jer delivery
Gu-n-jer delivery juga boleh dianggap sebagai personal shopper dimana mereka haruslah professional, positif dan jujur. Gaji bagi Dispensary Delivery Driver ini boleh dikatakan agak lumayan dimana mereka dibayar sebanyak 37,827 USD setiap tahun. Kadar gaji yang diterima juga mungkin berbeza mengikut syarikat menawarkan pekerjaan tersebut.
Video yang disiarkan ini adalah bersifat edukasi dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kami tidak menyarankan mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Terima kasih kepada yang support channel kami. Seperti biasa, jangan lupa lontarkan komen korang dan share apa yang korang nak kami borak dalam episod akan datang. Subscribe dan share ya!