Mon. Sep 19th, 2022

Post 219: Nak cari stock online?

 

  1. Setiap carian yang dijalankan pada search engine akan dikumpul dan disimpan dalam kumpulan data. Pihak berkuasa mempunyai hak untuk mengakses kepada setiap carian yang anda lakukan sekiranya anda didapati bersalah.
  2. Whatsapp dan mesengger boleh diakses tanpa kita ketahui oleh pihak bertiga. Tidak mustahil kegiatan yang melanggar undang-undang dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Oleh itu, jangan lah sesekali melakukan atau berurus niaga barang yang tidak mematuhi undang-undang Malaysia
  3. Risiko untuk kena scam adalah 100%. Scam tidak semestinya melalui wang ringgit sahaja, Sekiranya anda pembelian di website yang mana anda perlu mengisi maklumat perbankan anda, tidak mustahil untuk akaun anda dihack dan digunakan sebagai keldai akaun.
  4. Kegiatan anda mencari stock online merisikokan semua penjual online yang ada. Sebagai contoh sikap tidak tanggunjawab rider food panda yang baru-baru ini merakam video yang mereka membawa rokok seludup dan ketum semasa PKP, sebab seorang yang buat perangai tak senonoh macam tu, habis rider lain terpalit. Orang cakap, bagai curah pasir dalam periuk nasi sendiri. Tidak mustahil lepas ini system pos akan lebih ketat sekiranya benda-benda macam ni menarik pandangan pihak berkuasa untuk bertindak. Jadi, jangan sebab perangai terburu-buru anda, anda akan menyusahkan peniaga online yang lain.
  5. Peruntukkan undang-undang bagi kesalahan berkaitan penanaman Cik Hussin yang diperuntukkan di bawah seksyen 6B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang daripada 6 kali sebatan. Selain itu  anda juga kena tahu ada beberapa seksyen yang berkaitan dengan pokok ini seperti 39a(1),39a(2),39b dan seksyen 6.
  6. Untuk membaca dengan lebih jelas dan tepat mengenai akta perundangan pokok ini, boleh click pada link yang kita sediakan pada decription video di youtube.

Video yang disiarkan ini adalah bersifat edukasi dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kami tidak menyarankan mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih kepada yang support channel kami. Seperti biasa, jangan lupa lontarkan komen korang dan share apa yang korang nak kami borak dalam episod akan datang. Subscribe dan share ya!

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *