Sat. May 14th, 2022

Post 240: 6 Fakta Cik Hussin yang buat korang termenung.

 

Jom kita tengok apa fakta-fakta tersebut:

  • Orang pertama yang mengasingkan kandungan THC dalam pokok Cik Hussin adalah Raphael Mechoulam (mekolom) dan Yechiel Gaoni pada tahun 1969 di Institut Sains Israel. Pada tahun 1964, semasa Prof Raphael berumur 34 tahun, beliau dan rakannya Prof Yechiel Gaoni telah menyiarkan satu article yang lengkap mengenai pengasingan dan struktur THC. Pada tahun 1992, mereka meneruskan lagi kajian mereka dengan mengkaji mengenai cannabinoid yang ada pada tumbuhan Cik Hussin. Antara penemuan mereka melalui kajian itu adalah pengasingan endocannabinoid anandamide. Kajian dan pengasingan bahan tersebut telah dibantu oleh 2 lagi rakan mereka. Prof Rafael telah dilahirkan di Bulgaria pada 5 november 1930, pada 1949 dia dan keluarganya  berpindah ke Israel. Beliau merupakan pemegangan PHD dari Institute Weizman Rehovot pada tahun 1958.  Pada tahun 1959 hingga 1960, beliau meneruskan pengajiannya di Institute Rockfeller New York. Pada tahun 1972, beliau berhijrah semula ke Israel dan mendapat pangkat Professor di Universiti Hebrew Jerusalem

 

  • Kedua, perkataan Kanvas asalnya dari perkataan Ka-na-bis. Pada zaman dahulu canvas ini di perbuat dari pada serat hemp. Sebab pada masa itu kebanyakkan barangan fabric seperti baju, kertas dan tali terhasil daripada pokok hemp. Pakar sejarah dan ahli bahasa yang bernama Dougla Harges  menceritakan etymology bahasa Ingeris yang perkataan ka-na-bis berasal dari bahasa Greek yang dipanggail cythian atau thracian.

 

  • Ketiga, pada tahun 1949, Askar Amarika pernah mencipta Cik Hussin jenis sintetik yang dinamakan Dimethylheptylpyran. DMHP telah dicipta dan dibangunkan oleh tentera Amerika Syarikat dalam program persenjataan kimia didalam kajian Edgewood Arsenal. Ianya dikatakan incapacitating agent dimana ia gunakan untuk tidak membunuh mangsa. Ia menyebabkan mangsa tidak dapat berfungsi seperti sediakala. DMHP ini dapat membunuh mangsa sekirangnya ia diberi pada kadar yang tinggi. Selain itu, pada perang dunia ke dua, CIA juga pernah mengkaji pelbagai jenis dadah untuk digunakan sebagai truth serum semasa soal siasat mereka yang ditahan, antaranya adalah CIk Hussin. Cara yang mereka gunakan adalah dengan mencampurkan dengan rokok dan memberi kepada tahanan dan mengajak mereka berbual sehingga terbocornya rahsia yang diinginkan.

 

  • Keempat, setiap straint ada nama-namanya tersendiri seperti Purple haze, Chocolope dan Green crack. Nama-nama yang pelik ini telah mula dicipta oleh mereka yang menanam strain tersebut. Mengikut salah seorang pemilik Bank Biji Benih Amsterdam DNA Genetic,dalam satu wawancara bersama LA times pada July 2014, penamaan strain tersebut dilakukan dengan memanggil beberapa rakan-rakan mereka yang terlibat dan menghisap Cik Hussin bersama. Mereka akan brainstorm kesan dan rasa Ciik Hussin tersebut untuk mendapatkan nama yang sesuai bagi baka tersebut. Terdapat pelbagai cara lain untuk menamakannya strain secara rasmi iaitu, mengambil kira faktor geografi asal baka tersebut dan melalui convention penamaan yang dianjurkan oleh Dutch Seed Back dan Amerika Medical Marijuana Market

 

  • Kelima, Bill Gates atau founder Microsoft merupakan antara orang kuat yang menyokong legalisasi Cik Hussin di Washington pada tahun 2012. Dalam satu tembual bersama BuzzFeed, Bill Gates menyatakan, melalui legalisasi, ia dapat membantu mengurangkan keuntungan penyeludupan haram dimana kerajaan akan memantau sumber Cik Hussin yang akan dijual. Dengan cara ini, penyeludupan dadah secara haram dapat dikurangkan. Selain itu, Bill Gates dan beberapa pelabur yang lain dikatakan menyimpan biji benih Cik Hussin di dalam bank simpanan biji benih akhir zaman di kawasan terpencil di Arctic Svalbard Archipelago. Bank simpanan biji benih ini dikatakan mengandungi pelbagai biji benih tumbuhan yang akan digunakan selepas dunia ini mengalami kemusnahan.

 

  • Keenam, pada tahun 2009, seorang pemuda telah mencatatkan rekod dunia dengan menghisap Cik Hussin sebanyak 115,000 joint. Record ini dicatat dasar perubatan dab telah dibuat oleh Irvin Rosenfeld . Joint yang dihisapnya telah dibekalkan oleh kerajaan AS untuk merawat penyakitnya. Beliau dikatakan menghidap penyakit kanser tulang dan menggunakan Cik Hussin sebagai terapi untuk merawatnya.

Untuk membaca dengan lebih jelas dan tepat mengenai cerita pokok ini, korang boleh click pada link yang kita sediakan pada description video di youtube.

Video yang disiarkan ini adalah bersifat edukasi dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kami tidak menyarankan mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih kepada yang support channel kami. Seperti biasa, jangan lupa lontarkan komen korang dan share apa yang korang nak kami borak dalam episod akan datang. Subscribe dan share ya!

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *