Sat. May 14th, 2022

Post 260: Medical Card Cik Hussin, boleh pakai di Malaysia atau Scam?

 

Untuk topik kali ini, kami akan pecahkan kepada 3 bahagian dimana kami akan kongsikan dengan korang apa itu medical Cik Hussin Card dan fungsinya, siapa yang boleh bagi dan boleh diguna pakai  di Malaysia atau tak.

Apa medical Cik Hussin Card dan Fungsinya?

Mengikut apa yang dikongsikan di laman sesawang  leafly iaitu salah satu laman sesawang yang aktif menceritakan mengenai medical Cik Hussin, medical Cik Hussin card ataupun ianya juga dikenali sebagai MMID ataupun ca-nn-abi-s card adalah satu ID atau Identification Card yang diguna pakai oleh pesakit untuk memasuki dispensaries (tempat penjualan Cik Hussin yang berdaftar dengan kerajaan) ataupun ca-nn-abi-s club untuk membeli pokok ca-nn-abi-s atau apa sahaja yang berkaitan dengan produk ca-nn-abi-s untuk rawatan. Melalui ca-nn-abi-s card ini, ia dapat memberi peluang kepada pesakit untuk menanam pokok ca-nn-abi-s untuk kegunaan persedirian (di negara yang dilegalkan) dan membantu pesakit untuk mendapat khidmat penghantaran perubatan ca-nn-abi-s.

Siapa yang boleh dapatkan medical Cik Hussin Card dan keluarkannya?

Untuk topik ini, kami mengambil contoh penggunaan kad ini di Amerika Syarikat. Di sana terdapat beberapa state/ negeri yang membenarkan penggunaan ca-nn-abi-s, samaada untuk kegunaan rekreasi atau medikal. Tidak semua negeri yang memberi lampu hijau bagi membenarkan penggunaan Cik Hussin ini. Setiap negeri dia berlainan perundangan bagi ca-nn-abi-s. Untuk mendapatkan kad ini, pesakit haruslah mendapat khidmat nasihat dan kelulusan doktor yang mengamalkan perubatan medical ca-nn-abi-s yang bertauliah. Ianya haruslah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, iaitu doktor dan pesakit tersebut dimana perubatan ini adalah satu alternatif untuk perubatan. Disamping itu juga, kondisi pesakit yang ingin menggunakan rawatan ini mestilah bersesuaian dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh undang-undang yang di tetapkan oleh negeri tersebut.  Setiap negeri yang yang membenarkan perawatan alternatif ini memperuntukkan pesakit yang menghidapi penyakit tertentu yang telah ditetapkan undang-undang dan garis panduan sahaja layak  menerima kad ini. Selain itu, pesakit juga akan dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh negeri tersebut. Kadar bayaran bergantung kepada penetepan yang telah ditetapkan.

Antara keperluan lain bagi mendapat kebenaran untuk memohon kad ini, korang juga perlu menyediakan beberapa perkara yang berkaitan seperti rekod kesihatan, bukti residensi dan sebagainya.  Doktor tidak dibenarkan mengeluarkan kad ini dengan sewenang-wenangnya memandangkan ia merupakan perkara yang serius dan termaktub dalam undang-undang negara atau negeri tersebut. Sebagai contoh,untuk Colarado, California dan Florida, keperluan pesakit untuk mendapatkan kad ini berbeza. Senarai penyakit untuk pesakit memohon kad ini pun berbeza.

Adakah kad ini boleh diguna pakai di Malaysia?

Kad ca-nn-abi-s ini hanya boleh diguna pakai dinegara dan negeri yang mengeluarkan kad tersebut sahaja. Dimana negara tersebut mestilah me-legalkan penggunaan medical ca-nn-abi-s. Korang juga mungkin dikenakan tindakkan sekiranya menggunakan di luar kawasan atau negeri yang mengeluarkan kad tersebut.

Untuk kegunaan Malaysia ia sama sekali tidak dibenarkan. Ini kerana di negara kita masih tiada doktor yang bertauliah dalam perubatan alternatif ini. Selain itu, negara kita juga, masih tiada dispensary Cik Hussin yang dibenarkan. Dispensary yangg legal bermaksud, ianya mestilah berdaftar dengan kerajaan Malaysia, dimana kerajaan boleh memantau mengenai sumber, kualiti dan jualan ca-nn-abi-s itu.

Malaysia amat memandang serius bagi kesalahan mengenai penyalahgunaan dadah. Bagi kesalahan berkaitan penanaman ca-nn-abi-s, hukuman yang diperuntukkan adalah di bawah seksyen 6B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana ia memperuntukkan penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang daripada 6 kali sebatan. Bagi kesalahan berkaitan pemilikan ca-nn-abi-s pula,  hukuman yang diperuntukkan adalah seperti seksyen 39A(1), 39A(2), 39B, 6 dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.

Untuk membaca dengan lebih jelas dan tepat mengenai perkara ini, korang boleh click pada link yang kita sediakan pada description video di youtube.

Video yang disiarkan ini adalah bersifat edukasi dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kami tidak menyarankan mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih kepada yang support channel kami. Seperti biasa, jangan lupa lontarkan komen korang dan share apa yang korang nak kami borak dalam episod akan datang. Subscribe dan share ya!

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *