Sun. Sep 18th, 2022

Post 266: Cik Hussin Benang Merah dan Ekor Tupai

Pada tahun 90 an hingga tahu 2010 stock benang atau tali merah ini sangat terkenal dengan kesannya yang power. Untuk pengetahuan anda semua,terdapat banyak jenis benang yang digunakan untuk mengikat brick we-ed yang masuk pasaran gelap di Malaysia.  Terdapat 4 pecahan kod warna pada benang yang digunakan iaitu merah, hijau, emas dan putih.

Terdapat 2 versi yang berkaitan mengenai asal usul benang we-ed ini. Yang pertamanya, we-ed yang berbenang merah ini datangnya dari Acheh,indonesia. Ia tidak lagi memasuki pasaran Malaysia selepas Indonesia dilanda tsunami pada tahun 2004 dimana ia memusnahkan hampir ke semua ladang-ladang we-ed yang ada disana. Selain itu, cerita pasal benang merah ini kurang popular mengaitkan negara Indonesia dimana cerita mengenai ekor bajing lebih disebutkan. Versi kedua mengenai we-ed yang berbenang merah ini adalah ianya datang dari negara Thailand dan ianya juga berkemungkinan dari kawasan segi tiga emas.

Untuk kod warna benang pada we-ed, terdapat 3 versi yang ingin kami kongsikan kepada anda semua.  Yang pertama, benang itu itu menandakan bilakah we-ed itu di tuai. Pokok we-ed mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk dituai. Tempoh dituai berbeza bagi penanaman indoor dan outdoor. Setiap kali ia dituai pada setiap tahun, para petani akan menggunakan benang merah untuk mengikat we-ed yang berkualiti tinggi sebelum ia dimampatkan.

Versi kedua adalah, kepelbagaian warna yang digunakan untuk mengikat we-ed adalah untuk menandakan petani atau puak mana yang menanam. Pada masa dahulu, penanaman dijalankan oleh puak-puak atau kongsi yang berbeza. Jadi untuk menandakan we-ed yang keluar mereka menggunakan warna yang berbeza bagi memberikan identiti kepada stock yang dikeluarkan oleh mereka.

Ketiga,  mengikut laman sesawang leafly, mereka ada  menceritakan mengenai we-ed benang merah dan we-ed benang emas. Tetapi penulisan yang dikongsikan itu tidak dapat dipastikan samada ia merujuk kepada perkara sama yang dibincangkan seperti topik hari ini memandangkan laman sesawang tersebut merupakan laman sesawang antarabangsa. Untuk benang merah ia merujuk kepada we-ed yang di tanam di Thailand dan di bawa ke pasaran US pada tahun 70an dan 80an. We-ed ini juga di panggil Thai Stick. Panggilan ini diberi berdasarkan keaslian rasa sativa dan ia dipasarakan dalam bentuk yang dikeringkan serta dikat pada satu kayu. Bagi benang emas pula ia dipanggil Gold King Thai atau ianya juga dikenali sebagai Gold Kings Thai Stick. Baka ini adalah antara baka tertua dimana ia mula ditanam pada tahun 1979.  Untuk benang hijau dan putih tidak ada catatan bertulis yang dapat kami temui kecuali ada yang mengatakan warna-warna tersebut untuk menandakan kadar THC.

We-ed ekor tupai atau dalam bahasa Indonesia ianya di panggil we-ed ekor bajing. We-ed ekor tupai merupakan we-ed yang berkualiti tinggi. Baka we-ed ini dikatan berasal dari Amerika Syarikat. Baka tersebut telah berjaya ditanam di Indonesia di mana grower disana berjaya membuka ladang ekor tupai. Ia mengandungi THC yang tinggi dimana ia mungkin disebabkan tempoh tuaiannya yang agak lambat dan ia juga berkemungkinan genetiknya mengandungi kandungan THC yang tinggi.

Untuk membaca dengan lebih jelas dan tepat mengenai perkara ini, korang boleh click pada link yang kita sediakan pada description video di youtube.

Video yang disiarkan ini adalah bersifat edukasi dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kami tidak menyarankan mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih kepada yang support channel kami. Seperti biasa, jangan lupa lontarkan komen korang dan share apa yang korang nak kami borak dalam episod akan datang. Subscribe dan share ya!

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *