Mon. Sep 19th, 2022

Post 268; Kaya ke Pablo Escobar ni?

 

Pablo Escobar atau nama penuhnya Pablo Emilio Escobar. Beliau lahirkan di Rionegro dan dibesarkan di Medellin pada tahun 1949. Keluar Pablo berlatarbelakangkan rakya biasa di mana bapanya adalah seorang petani. Pablo mula terjebak dalam kegiatan jenayah sejak usia remaja, dimana orang kanannya adalah abang kandungnya sendiri iaitu Roberto Escobar.

Prinsip hidup Pablo adalah Plata o Plomo atau dalam bahasa melayunya, perak ataupun peluru. Dengan prinsip ini Pablo berjaya membuka empayar dadahnya sehingga ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1980, beliau mempunyai 142 buah kapal terbang, 20 helicopter, 32 kapal layar dan 141 rumah termasuk pejabat dan ladang-ladang. Kekayaan Pablo pada masa itu boleh mengalahkan kerajaan Colombia.

Dikatakan setiap minggu, hasil jualan dadah Pablo ni mampu mencapai 420 million dan dianggarkan 22 billion setiap tahun. Roberto merupakan akauntan kepada kartel Pablo mengatakan Pablo terpaksa belanjakan duitnya hampir 2500 dolar setiap bulan untuk membeli getah bagi mengikat duit-duit hasil kegiatannya. Pada tahun 1987, Pablo ni pernah tersenarai dalam majalah Forbes dimana beliau berada dalam carta 100 orang terkaya di dunia. Pada tahun 1987 kekayaan Pablo dianggarkan 2billion.

Mengikut buku biography Roberto, beliau menceritakan bahawa Pablo kerugian hampir 10% daripada duit yang diperolehnya setiap tahun, ianya bersamaan 2billion secara kasarnya kerana duit tersebut rosak disebabkan terkena air semasa penyimpanan ataupun di makan tikus. Pablo dikatakan menyeludup masuk pelbagai hidupan liar seperti badak, zirafah, kijang, burung unta dan gajah.  Pablo mempunyai zoo persendirian yang ditempatkan Hacienda Napole. Di Hacienda juga menempatkan lapangan terbang peribadi, gelanggang perlawanan lembu dan litar go kart peribadi Pablo. Hacienda Napole ini merupakan sebuah ladang mewah yang dibeli oleh Pablo dimana ia mempunyai keluasan seluas 5000 hektar.

Anak Pablo yang bernama Sebastian Marroquin pernah berkongsi cerita ini dengan majalah Don Juan, dimana bapanya pernah membakar hampir 2 million bagi memanaskan tubuh anak perempuannya yang dalam kesejukan ketika mereka didalam pelarian. Pablo bertindak demikian kerana pada waktu itu, Manuela, anak perempuan Pablo diserang hyporthermia kerana cuaca sejuk di kawasan persembunyian mereka.

Nama Pablo tidak asing di Medellin, walaupun ramai orang tahu kegiatan haramnya, Pablo masih diangkat sebagai hero oleh warga Medellin.  Pada tahun 1982 Pablo telah memenangi pilihanraya dan dipilih menjadi wakil parliamen di dalam Parti Gerakkan Liberal Alternative. Pada waktu itu, terdapat pelbagai projek komuniti telah dijalankan untuk membangukan Madellin dimana beliau telah menyediakan rumah, padang bola, hospital  dan sekolah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan menggunakan duitnya sendiri.

Pada Disember 1993, Kerajaan Colombia telah mengisytiharkan perang kepada Pablo. Operasi besar-besaran untuk memburu Pablo telah dijalakan dimana dalam kejadian tersebut, Pablo telah terbunuh. Beliau telah ditembak sehingga mati. Sehingga sekarang tidak dapat dipastikan bahawa kematian Pablo itu berpunca dari insiden tembak menembak antara pihak berkuasa atau beliau telah dibunuh selepas menyerah diri. Ada yang mengatakan bahawa Pablo nekad membunuh dirinya kerana beliau tidak mahu dipenjarakan.

Untuk membaca dengan lebih jelas dan tepat mengenai perkara ini, korang boleh click pada link yang kita sediakan pada description video di youtube.

Video yang disiarkan ini adalah bersifat edukasi dan untuk menambah ilmu pengetahuan. Kami tidak menyarankan mana-mana pihak untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Terima kasih kepada yang support channel kami. Seperti biasa, jangan lupa lontarkan komen korang dan share apa yang korang nak kami borak dalam episod akan datang. Subscribe dan share ya!

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *