Sat. May 14th, 2022

Post 269: Malaysia patut terima lagi pelarian Rohingya?

 

Siapakah Etnik Rohingya?

Etnik Rohingya dikatakan antara etnik yang disisihkan dan didiskriminasi oleh dunia semasa berlakunya pergolakkan di Myanmar. Rohingya nerupakan salah satu etnik  yang terdapat di Myanmar. Malangnya kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf etnik ini sebagai salah satu etnik yang wujud di sana. Setiausaha United Nation mengulas mengenai Etnik Rohingya dimana etnik ini mempunyai populasi seramai 1 million pada tahun 2017 dan hampir keseluruhan etnik ini beragama islam.  Ia mewakili populasi tertinggi penganut islam di Myanmar dan majoritinya tinggal di daerah Rakhine.

Etnik ini mempunyai budaya dan bahasa sendiri. Pada tahun 1824 hingga 1948, semasa era penjajahan British di Burma, etnik ini dikatakan dari Bengali dan memasuki negara Burma sebagai buruh. Pada masa itu, British juga dikatakan berjanji dengan etnik rohingya untuk memberikan hak autonomi sebagai balasan  mereka membantu British pada perang dunia ke-2. Tetapi ianya ditentang hebat oleh Burma

Kenapa Myanmar tak iktiraf etnik Rohingya ni?

Antara salah satu sebabnya adalah rakyat dan kerjaan Buddha Myanmar tidak pernah sesekali menganggap rohingya ini etnik asal di negara Myanmar. Kerajaan Myanmar memangil etnik ini sebagai Bengali. Etnik rohingya ini juga menolak gelaran sebagai bangsa pengacau seperti yang dilabelkan oleh kerjaan Myanmar

Selain itu kerajaan Myanmar juga mengangap Rohingya ini sebagai pendatang asing dimana mereka tidak tertakluk dengan undang-undang negara itu. Mengikut kerajaan Myanmar, etnik Rohingya tidak berhak untuk menuntut hak pembelajaran dan social service.  Kerajaan Myanmar sendiri memperkenalkan kawalan kelahiran dan perkahwinan dimana mereka etnik Roghingya dibenarkan mempunyai dua orang anak sahaja.

Pembantaian Myanmar terhadap etnik Rohingya

  1. Pada tahun 1962, Myanmar telah menjalankan satu operasi dengan menyasarkan etnik Rohingya sebagai mangsa. Operasi tersebut dinamakan sebagai “king dragon” dimana ramai yang menjadi mangsa, termasuk kemusnahan tempat tinggal dan ada yang diseksa dan dirogol.
  2. Pada tahun 2000, satu lagi operasi pembersihan etnik dijalankan oleh Myanmar. Operasi tersebut dinamkan sebagai “Operation Clean and Beautiful Nation,” dimana ia menyebabkan 200,000 etnik ini menjadi pelarian.
  3. Pada tahun Ogos 2017 etnik rohingnya ini berindak balas dibawah  Arakan Rohingya Salvation Army (Arsa) menyerang post polis di Myanmar. Bermula dari peristiwa itu, ia berlanjutan sehingga mendapat perhatian UN dan dunia.

Pertolong dunia kepada etnik Rohingya

Pada march 2019, Bangladesh mengumumkan kepada dunia yang mereka menolak untuk menerima pelarian Rohingya kerana kem-kem pelarian mereka sudah tidak dapat menampung dengan kepadatan pelarian yang ada. Perjanjian antara kerajaan Myanmar pada tahun 2018 telah dilaksanakan dimana etnik ini dibenarkan pulang ke Myanmar.  Pelawaan ituditolak oleh etnik ini selagi mereka tidak diberi kerakyatan dan gusar akan keselamatan mereka.

Kerajaan Bangladesh telah mengambil inisiatif dengan mendirikan satu perkampungan baru di satu pulau yang dinamakan Bhasan Char. Pada awalnya dunia menentang dan mengkritik mengenai pemindahan etnik ini ke pulau Bhasan Char. Antara perkara yang menjadi pertikaian adalah mengenai lokasi pulau ini yang tidak sesuai untuk dijadikan penempatan. Pada musim monsoon dan taufan ia boleh menyebabkan pulau ini tenggelam. Langkah untuk menjayakan program ini telah dijalankan oleh kerajaan Bangladesh dengan menambak di kepulauan itu. Selain itu, United Nation juga  menghantar beberapa orang pakar yang berpengalaman bagi memantau projek penempatan pelarian di pulau tersebut. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan disana termasuk tempat perlindungan dari ribut taufan.

Kedegilan etnik Rohingya

Pemindahan etnik ini kepulau Bhasan Char dianggap tidak berjaya kerana kebanyakkan mereka menolak untuk berpindah ke sana. Mereka menganggap bahawa diri mereka di penjarakan sekiranya dipindahkan ke pulau tersebut. Terdapat kumpulan hak asasi manusia Fortify Rights telah menjalankan satu sesi temu ramah di Coxs Bazar bagi mendapat maklum balas mengenai inisiatif kerajaan Bangladesh. Rata-rata pelarian ini menolak untuk kesana dengan berbagai alasan seperti merekatakut untuk tinggal berhampiran air. Tidak kurang juga ada yang mengugut untuk membunuh diri sekiranya dipindahkan kesana.

Pada 27 Oktober 2019 , cadangan pemindahan ini belum diluluskan oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Bangladesh semakin hilang sabar dengan kehadiran Rohingya di negara itu sejak cubaan penghantaran semula pelarian ke Myanmar Ogos lalu gagal kerana tiada seorang pun bersetuju Rakyat Bangladesh pun mula risau mengenai pelarian yang berada di Coxs Bazar kerana mereka mula menceroboh perairan untuk mengkap ikan dan ada sesetengah mereka melakukan kegiatan haram. Perkara ini boleh menjejaskan pendapatan penduduk setempat serta kegiatan haram seperti penyeludupan dadah mungkin berlaku.

Rohingya perlu diterima di Malaysia?

  1. Diatas bantuan hak asasi manusia, Malaysia telah menerima jutaan pelarian semenjak dari dulu lagi.  Antaranya pelarian Burma, Bosnia, Syria dan Etnik Rohingya sendiri.UN selalu menekan negara-negara yang menjadi tumpuan pelarian ini agar menerima semua pelarian tersebut tanpa menilai kesan negatif jangka masa penjang kepada penduduk setempat.
  2. Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan kepada mereka dan mereka seharusnya menerima apa yang telah diberikan kepada mereka pada masa ini memandangkan semua negara berada dalam keadaan tersepit untuk menerima mereka sebagai tetamu “UN”.
  3. Antara bantuan yang diterima oleh etnik ini adala Bhalsan Char, Coxs Bazar di Bangladesh, bantuan kemanusian dari Malaysia serta Indonesia dan kem-kem pelarian di Malaysia di bawah UN. Bahkan Thailand juga menerima  10,000 pelarian dari Myanmar yang tinggal di sembilan kem di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar

Perkara yang perlu difikir?

Adakah NGO yang lantang bersuara ini betul-betul bersuara atas hak asasi manusia? atau kepentingan peribadi?  Pemerdagangan manusia merupakan antara salah satu kegiatan jenayah yang paling tinggi di Malaysia. Dan dari mana pelarian-pelarian ini mengumpul wang untuk menaiki boat-boat haram yang akan berlabuh di Malaysia?

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *