Thu. Sep 22nd, 2022

Post 274: Israel menggunakan gun-jer untuk merawat pesakit COVID-19

Negara Israel merupakan salah satu negara yang terancam teruk dengan pandemik COVID-19. Terdapat 15466 rakyat mereka telah dijangkiti penyakit COVID-19 dan membunuh seramai 202 orang setakat ini (angka korban dan mangsa dijangkiti meningkat setiap hari). Pada 22 April yang lepas, tular di media sosial bahawa Israel mula menjalankan kajian dan sekarang telah mengimplementkan rawatan berasaskan gun-jer  untuk merawat pesakit COVID-19 disana.

Seperti yang kita sedia tahu, untuk penggunaan gun-jer pada hari ini terdapat 2 fungsi iaitu untuk tujuan rekreasi ataupun perubatan. Kajian mengenai gun-jer di negara Israel bukanlah suatu benda asing dimana ia telah mula dijalankan semenjak tahun 1949.  Raphael Mechoulam, seorang doctor dari Israel  antara pelapor awal yang telah menjalankan kajian mengenai perubatan gun-jer. Kajiannya telah ditaja melalui dana yang disalurkan oleh Rockfeller Centre di New York. Hari ini,  Israel membenarkan penggunaan gun-jer  di negara mereka walaupun  ia bukanlah legal sepenuhnya. Pada 19 Julai 2018, pengunaan gun-jer untuk persendirian di bawah 15 gram tidak menjadikan  satu kesalahan undang-undang bagi negara Israel

Kajian penggunaan gun-jer untuk merawat pesakait COVID-19 ini telah dijalankan di Ichilov Hospital yang terletak di Tel Aviv.  Mengikut kajian yang dijalankan, kandungan dalam pokok gun-jer,  iaitu cannabidiol dapat  mengurangkan kadar keradangan yang dihadapi oleh pesakit COVID-19. Mengikut doctor Barak Cohen, seorang senior anesthesiologist yang terlibat dalam kajian ini, beliau menyatakan bahawa pengenalan rawatan ini menggunankan komponen yang ada pada pokok gun-jer yang terpilih dan selamat serta ia tidak menyebabkan masalah ketagihan. Kajian ini telah dijalankan 100% atas inisiatif pihak hospital itu sendiri tanpa perkaitan penajaan oleh mana-mana syarikat.

Buat masa ini masih lagi tiada maklumat jelas mengenai keberkesan ujian klinikal yang telah dijalankan memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal.

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *