Wed. May 18th, 2022

Kedatangan awal gerakkan Freemason dikatakan berkait rapat dengan kedatangan Syarikat India Timur Inggeris ke Penang pada 7 Julai 1786. Tibanya mereka disana, secara tidak lansung pulau itu menjadi tanah pertama menjadi jajahan Freemason apabila dibina Lodge pertama yang dinamakan Royal Prince of Wales Lodge pada tahun 1875.

Mesonic Lodge itu dibina ditengah-tengah kawasan penduduk Melayu dan tidak mendapat tentangan daripada penduduk setempat. Lodge-lodge lain mula dibina pada tahun 1887, di Perak dan seterusnya pada tahun 1889 di Kuala Lumpur.

Perjanjian Anglo-Siamse Treaty pada tahun 1909, telah banyak mengubah dasar negara di Tanah Melayu dan semua kepentingan negara Siam diserahkan kepada pihak Masonic dimana Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menjadi kawalan negara British dari sudut pertahanan, kawalan negara dan ekonomi.

Selepas ketibaan George Maxwell sebagai penasihat pertama di Kedah, ia terus membuka jalan kepada pihak Freemason untuk meluaskan lagi pertambahan Lodge mereka di Tanah Melayu. Lodge di Kedah dibina di tengah-tengah Sungai Petani, tidak jauh dari ibu negeri Kedah, Alor Star. Setelah hampir setengah abad di Tanah Melayu, kumpulan pertama Mason yang terdiri dari 15 ahli ditubuhkan di Lodge Kedah.

Kumpulan ini diketuai oleh Chales Geoffrey Boutcher dimana ia mempunyai jawatan yang tertinggi sebagai ketua di ladang-ladang getah di Kedah. Rujukan awal mengatakan pembinaan Lodge di Kedah pada 9 Novermber 1917 dimana selepas penubuhan Lodge di Pulau Pinang. Terdapat sumber lain mengatakan, penubuhan Lodge di Kedah pada 28 Februari 1918 selepas mendapat persetujuan dan kebenaran dari permohonan yang dihantar ke negara British.

Penubuhan Lodge Freemason Kedah

Pada awal sebelum pembukaan lodge Kedah, F.M Elliot, Grand Master bagi kawasan timur Archipelago dan beberapa ahli yang lain mendarat di pantai menggunakan kapal yang dinamakan Ipoh. Kapal itu dikemudi oleh J.M Dally berlabuh ke Port Klang untuk mengambil beberapa lagi ahli Masonic untuk dibawa berlayar ke Penang. Selepas tibanya mereka di Penang, mereka menaiki kereta api ke Sungai Petani pada pukul 2.30 petang dan bermalam di rumah rehat kerajaan.

Jumlah ahli Masonic yang hadir ketika itu ramai memenuhi rumah rehat bagi menyambut pembukaan Lodge Kedah. Selepas beberapa ketika, pada tanggal 31 Desember 1918, penerimaan ahli-ahli baru semakin bertambah. Pada 1920, Lodge Kedah dikatakan berkembang pesat dimana Lodge ini mula dilengkapkan dengan perpustakaan. Buku-buku pada awalnya dibawa oleh ahli-ahli dan diderma oleh ahli Masonic lain yang menetap di Penang. Lodge Kedah juga menerima kehadiran ahli-ahli Masonic lain di Tanah Melayu bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara mereka.

Waktu Sukar

Pada tahun 1930, kemelesetan ekonomi telah melanda dunia. Ia boleh dikatakan waktu yang paling teruk dan Tanah Melayu tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama. Sumber pendapatan Lodge Kedah melalui ahli-ahlinya sangat merudung dimana tiada lagi aktiviti-aktiviti dijalankan disana. Selain dari ahli-ahlinya yang tinggal di luar kawasan tersebut, ia menyukarkan lagi untuk mengumpul dana bagi meneruskan program-program yang dirancang.

Tetapi mereka bernasib baik, dimana pada tahun 1934, keadaan ekonomi Tanah Melayu mula pulih, Lodge Kedah mula dilengkapi perabut dan peralatan baru pada tahun 1936 selepas mendapat lebihan dana dari ahli-ahlinya. Pada tahun 1938, sebuah kapal perang dari Eropah telah tersasar navigasinya dan singgah ke Tanah Melayu. Kapal HMS Medway berlabuh di pelabuhan yang dibina oleh tentera British di Tanah Melayu. Seramai 26 anak kapal disambut oleh ahli Masonic di Lodge Kedah  sebelum kapal tersebut terus belayar ke Singapura. Pada era Perang Dunia Kedua, kapal tersebut ditenggelamkan oleh tentera German

Peperangan tiba di tanah Melayu

Pada Oktober 1941, peperangan telah melanda di Tanah Melayu. Pihak Jepun telah menyerang Kedah pada 11 Desember 1941. Pada saat itu tentera British mula berundur kerana tentangan hebat oleh tentera Jepun. Pada saat itu, 30 tentera British yang masih berada di Kedah terkoban. Selepas pihak Jepun mendapat maklumat bahawa terdapat Lodge Kedah. Tentera Jepun telah menggempur dan melakukan serangan di sana. Terdapat beberapa ahli Masonic cuba menyelamatkan dokumen-dokumen penting yang berada disana, tetapi tidak berjaya kerana ia dikawal rapi oleh pihak tentera Jepun.Pada saat Jepun berundur dari Tanah Melayu, bangunan tersebut telah dijadikan kandang kambing dan kesemua harta-harta serta dokumen penting telah tiada disitu.

Selepas tamatnya perang antara British dan Jepun di Tanah Melayu, Lodge Kedah dibuka kembali. Pada 9 Mei 1946, Lodge Kedah mula menjalankan aktivitinya seperti biasa.

Sumber: NST August 5, 2018

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *