Gang MS-13

Gang MS-13 telah mendapat perhatian hebat di Amerika Syarikat setelah terlibat dengan beberapa siri pembunuhan disana. Gang MS-13 telah dilahirkan di Los Angelas. Ia dikatakan telah berakar umbi dan dibawa masuk dari El Salvador. Disebabkan sejarah ini, ia menjadi punca bekas Presiden Amerika Donald Trump mempunyai sikap anti immigrant.

Gang MS-13 dikatakan mula memasuki Los Angeles pada tahun 1980. Ia ditubuhkan oleh immigran yang berhijrah dari El Salvador. Kebanyakkan mereka yang berhijrah atas sejarah kekejaman dan kejahatan yang tidak membenarkan lagi mereka tinggal di El Salvador. Kumpulan ini kemudian berkembang dan mula di sertai oleh immigran dari Honduras, Guatemala dan Mexico.

Perkataan MS adalah gabungan dari perkataan Mara Salvatrucha. Apabila dipecahkan dua perkataan tersebut Mara bermaksud kumpulan atau gang. Salvatrucha adalah gabungan perkataan Salvador dan Trucha ialah keupayaan untuk hidup di jalanan. Nombor 13 pula mewakili kedudukan huruf M didalam sistem alphabet.

MS-13 telah meletakkan gang mereka antara yang terkejam di Amerika kerana membunuh mangsa-mangsanya dengan menggunakan parang. Gang ini pada awalnya mendominasi di kawasan-kawasan kejiranan penduduk Mexico di Amerika dan seterusnya meluaskan lagi kekuasaan mereka di wilayah-wilayah lain.

Mengikut siasatan FBI, kumpulan ini berjaya menyebarkan idealogi mereka sehingga ke 46 wilayah di Amerika. Pada tahun 2012, kumpulan di diletakkan setaraf dengan kongsi gelap Yakuza dimana ia merupakan kumpulan jalanan pertama yang dianggap kumpulan jenayah terancang antarabangsa.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

Leave a Comment