Fri. May 13th, 2022

Kewujudan Ghatotkacha telah ditulis didalam epik Mahabratta. Beliau merupakan anak kepada Bhima dan Hidimbi. Ibu dan bapanya telah menukarkan dirinya menjadi separuh raksasa dengan menggunakan kuasa sihir. Ghatokacha merupakah pahlwan  yang sangat penting didalam peperangan Kuruskhetra sepertimana yang ditulis dalam epik Mahabratta. Namanya telah diambil bersempana bentuk kepalanya yang berbentuk seperti pasu.

Semasa kecil, beliau tinggal bersama ibunya Hidimbaa. Terdapat satu kejadian dimana beliau telah bergaduh dengan sepupunya Abhimanyu tanpa mengetahui bahawa Abhimanyu adalah anak kepada Arjuna.Ghatotkacaha pernah membantu Abhimanyu untuk memenangi hati Sasirekha, anak kepada Balarama.

Ghatotkacha merupakan pahlawan yang setia dan merendah diri. Beliau dan pengikutnya setia mengikuti ayahnya, Bhima dalam peperangan setiap masa. Isteri beliau adalah Ahilawati dan anaknya pula bernama Barbarika. Didalam epik Mahabratta, Ghatotokacha telah diseru oleh Bhima untuk berperang dengan Pandaya didalam peperangan Kurushetra. Dengan menggunakan kuasa sihirnya, beliau telah memusnah askar-askar Kaurava. Kuasanya dikatakan bertambah pada sebelah malam.

Didalam peperangan Kaurava, ketua perang Duryodhana telah bersepakat dengan pahlawan terbaiknya Karna untuk membunuh Ghatotkacha kerana askar-askar Kaurava sudah tidak mampu bertahan kerana serangannya melalui udara. Karna telah menggunakan senjata sakti yang telah dikirim oleh dewa Indra. Akan tetapi senjata itu boleh digunakan sekali sahaja dan beliau telah merancang untuk menggunakannya untuk membunuh Arjuna.

Karna tidak mampu menolak permintaan Duryodhana dan akhirnya senjata itu digunakan untuk membunuh Ghatotkacha. Selepas kematian beliau, Pandaya dikatakan tersenyum kerana beranggapan beliau sudah memenangi peperangan tersebut. Arjuna juga terselamat kerana senjata yang mematikan itu tidak lagi dapat digunakan oleh Karna untuk membunuhnya.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *