Gunting rambut di rumah pelanggan dilarang

Post 295: Gunting rambut di rumah pelanggan dilarang

Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Larangan itu termasuk perkhidmatan gunting di rumah pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunting rambut masih tidak membenarkan ia beroperasi. Mengenai ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunting rambut ke rumah, ini berita baharu. Saya pun tidak tahu kerana sememang perkhidmatan itu tidak dibenarkan. Setakat ini, gunting rambut sama ada di kedai atau perkhidmatan di rumah ia termasuk dalam senarai terlarang maka tidak dibenarkan perkhidmatan itu di rumah, pejabat atau pun pelanggan ke kedai.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya , hari ini.

Sumber: Berita Harian 12 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment